BTC USD 84,942.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

son1_1551417375.jpg

Kane, Aubameyang, Hazard kempunan pasal Son...


PEMAIN Tottenham Son Heung-min meraih gelaran Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Anugerah Bolasepak London (LFA) 2018/19.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu menyerlah sebagai pemain utama skuad Spurs sepanjang musim ini.

Dia meledak 16 kali dan melakukan sembilan bantuan kepada rakan sepasukan dalam 34 penampilan.

Son yang membantu negaranya menang pingat emas Piala Asia tahun lalu, mengatasi cabaran rakan sepasukan Spurs, Harry Kane, penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan perancang Chelsea, Eden Hazard untuk mendapat anugerah itu.

Undian dilakukan oleh 22 panel pakar termasuk Bobby Zamora, Bob Wilson dan Tony Cottee.

Son menerima anugerah yang disampaikan oleh bekas pemain handalan Tottenham, David Ginola, semalam.

“Ia begitu bermakna,” kata Son.

“Buat saya, ia istimewa, anugerah pertama saya dari jenis ini.

“Ramai pemain tidak dapat anugerah seumpama ini jadi bagi saya ia sangat, sangat istimewa terutamanya kerana disebabkan nama-nama besar pernah memenanginya sebelum ini. Gembira sangat dapat memenanginya”.

Bos Spurs, Mauricio Pochettino turut menerima anugerah selaku pengurus terbaik yang disampaikan oleh Osvaldo Ardiles.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/428523/kane-aubameyang-hazard-kempunan-pasal-son
 
D0qYoCeWwAAfVmo.jpg

"We came back stronger in the second half, equalised and then pushed to score again, but they defended well and Hugo made a big save. It’s a draw, we’ll take it and now we have to concentrate on the next game."

💬 @MoussaSissoko

#COYS ⚪️ #NorthLondonDerby
 
OptaJoe

D0qLxxlXcAUF8wm.jpg

4 - Harry Kane has now scored four Premier League penalties against Arsenal; only Alan Shearer against Everton (7) and Southampton (5), and Steven Gerrard against Aston Villa (5) have more against a single opponent in competition history. Calm. #TOTARS
 
Back
Top
Log in Register