BTC USD 83,024.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tonsillitis

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,645
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,645
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1669828813393.jpg

Tonsil adalah dua kelenjar kecil yang terletak di kedua-dua belah tekak. Pada kanak-kanak kecil, mereka membantu melawan kuman dan bertindak sebagai perisai terhadap jangkitan.

Apabila tonsil dijangkiti, ia sebenarnya telah berjaya menghalang jangkitan dan menghentikannya dari merebak lebih jauh ke dalam badan! Syukur ada tonsil.

Biasanya tonsillitis berpunca dari jangkitan virus. Oleh itu ia TIDAK memerlukan rawatan antibiotik. Jangkitan bakteria berlaku apabila ada nanah keputihan di tonsil, tanpa batuk dengan kelenjar membengkak di tengkuk. Jika anda disyaki mengalami jangkitan bacterial tonsillitis, antibiotik akan diberikan.

Rawatan tonsillitis adalah ubat demam, minum banyak air & berehat. Jika gejala berterusan melebihi 4 hari atau anak tidak makan/ minum sila dapatkan pemeriksaan lanjut.

Apabila sistem imun kanak-kanak berkembang dan menjadi lebih kuat, tonsil menjadi kurang penting dan biasanya mengecut. Dalam kebanyakan orang, badan mampu melawan jangkitan tanpa tonsil.

Pembedahan membuang tonsil dilakukan jika ia terlalu kerap dijangkiti.
 
Back
Top
Log in Register