BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tonik tambahan buat Harimau Malaya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

Tonik tambahan buat Harimau Malaya​

3654809.webp

Cheng Hoe. Foto Bernama

KEHADIRAN dua pemain naturalisasi, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo, serta pemain warisan Brad Tapp disifatkan sebagai suntikan baharu buat skuad negara menjelang kempen Piala ASEAN FIFA 2026.

Pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, ketiga-tiga pemain itu mampu memberikan dimensi berbeza kepada skuad negara, khususnya Bergson yang sudah membuktikan ketajamannya dalam Liga Malaysia.

Menurutnya, Bergson juga tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri bersama pemain tempatan berikutan pengalaman luas beraksi dalam kancah bola sepak negara.

"Memang ketiga-tiga pemain ini memberi satu nafas baharu dalam pasukan. Kita sudah nampak dan terbukti Bergson sebagai penyerang yang terbaik dalam Liga Malaysia dan dia sudah serasi dengan pemain tempatan," katanya.

Cheng Hoe berkata, Hidalgo juga mempunyai kelebihan dari segi pengalaman bersama kelab tempatan kerana pernah mewakili Pahang, Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bagaimanapun, beliau mengingatkan ketiga-tiga pemain berkenaan perlu bersedia menghadapi cabaran berbeza apabila beraksi di pentas antarabangsa.

"Cuma mereka perlu mengatasi cabaran bermain di peringkat antarabangsa kerana suasananya berbeza. Tetapi saya rasa pemain ini sudah bersedia," katanya.

Dalam masa sama, Cheng Hoe melihat kehadiran Bergson mampu meningkatkan keyakinan pasukan berdasarkan keupayaan fizikal, kekuatan dan ketenangan yang dimiliki penyerang kelahiran Brazil itu.

"Kita sudah nampak Bergson dalam pasukan JDT dari segi fizikal, kekuatan dan ketenangan. Dia mampu memberi kestabilan dalam skuad terutama kepada barisan serangan nanti," katanya.

Menurut Cheng Hoe, Harimau Malaya kini mempunyai beberapa pilihan di jentera serangan termasuk Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Hidalgo dan Bergson, namun mereka perlu diberikan keyakinan serta panduan secukupnya.

Katanya, harapan tinggi untuk menghasilkan jaringan juga menjadi cabaran buat barisan serangan negara, namun kemampuan Bergson diharap dapat membantu pasukan mengatasi masalah penyudah yang menghantui skuad kebangsaan.

Mengulas perlawanan pembukaan menentang Bangladesh pada 25 September ini, Cheng Hoe berkata, lawan tidak boleh dipandang mudah meskipun barisan kejurulatihan negara sudah mempunyai gambaran mengenai corak permainan mereka.

Selepas Bangladesh, Malaysia dijadual menentang Indonesia dan Singapura dalam saingan kumpulan bagi memburu slot ke final.
 
Back
Top
Log in Register