david.cronenberg
Active+ Member

- Messages
- 3,763
- Joined
- Nov 14, 2011
- Messages
- 3,763
- Reaction score
- 27
- Points
- 371
Sasterawan Negara Dato’ (Dr) Usman Awang @ Tongkat Warrant @ Adi Jaya @ Atma Jiwa @ Pengarang Muda @ Amir @ Manis @ Rose Murni @ Setiabudi @ Zaini @ UA adalah di antara nama-nama pena/samaran beliau.
Dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Bapanya seorang nelayan dan ibunya meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) sehingga lulus ke Darjah VI. Ketika penjajahan Jepun di Malaya, Usman menjadi petani di Segamat dan kemudiannya menjadi buruh paksa Jepun di Singapura selama enam bulan.
Pendidikan secara formal beliau terima adalah seadanya akibat zaman dan situasi kehidupan miskin di tanah air yang masih dijajah. Walaubagaimanapun beliau memperolehi pengetahuan dan ilmu melalui pendidikan tidak formal – alam kehidupan semulajadi – memungkinkan kematangan dan kebijaksanaannya menyerlah bersama berkembangnya alam penghidupan, sesuai dengan tuntutan zamannya. Seterusnya beliau berkerja sebagai pembantu pejabat, kemudian mengikuti latihan Botai (Polis Jepun). Pada akhir Perang Dunia Kedua, berkhidmat sebagai anggota polis dan Jungle Squad di Melaka (1946-1951) sewaktu mulanya Zaman Darurat di Malaya.
Oleh kerana Usman lebih selesa dengan mata pena daripada senjata berpeluru dalam membela peperangan, maka beliau kemudian berhijrah ke Singapura untuk memulakan kerjayanya sebagai seorang penulis. Bermula sebagai pembaca pruf, pemberita dan kemudian menjadi anggota sidang pengarang Utusan Kanak-Kanak, Utusan Zaman dan Mastika (1952-1961) di mana beliau mula bersuara dengan lantangnya. Kemudian beliau berpindah ke Kuala Lumpur mengikut akhbar Utusan Melayu. Selepas beliau meninggalkan kerjayanya di Utusan Melayu kerana isu mogok mempertahankan Bahasa Melayu, beliau menganggur seketika sebelum mendapat pekerjaan di Federal Publication dan Fajar Bakti. Akhir sekali beliau diberi peluang untuk bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau telah mengangkat dan mengharumkan nama institusi bahasa dan sastera tersebut hingga ke tahap antarabangsa selama jangka masa beliau berkhidmat di DBP. Usman bersara dari DBP pada pertengahan 1980-an.
Walaupun sudah bersara pada waktu itu tetapi sebagai seorang sasterawan yang prihatin, beliau masih aktif dan sibuk berkarya dan memartabatkan sastera melalui aktiviti-aktiviti, projek-projek dan acara-acara sastera didalam dan luar negara seperti di Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Jepun, Korea, China, Filipina, Indonesia dan lain-lain. Karya-karya beliau juga telah diterjemah kepada bahasa negara-negara tersebut.
Ketokohan Usman menonjol melalui karya-karya beliau kerana perwatakan peribadinya yang berani dan tegas tetapi lemah-lembut, mesra, sensitif dan simpati terhadap golongan bawahan yang miskin, tertindas dan manusia yang malang sehingga Usman ditafsirkan sebagai seorang seniman/sasterawan yang berjiwa besar, jiwa rakyat. Usman adalah seorang penyair yang tidak luntur dan dapat menyesuaikan dirinya dengan pelbagai zaman dan situasi. Beliau juga bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat yang beliau membantu tubuh seperti : Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia, Persatuan Malaysia-Palestin dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Beliau juga pernah menjadi AJK Akademi Seni Kebangsaan, Ahli Jemaah Kolej Selatan – sebuah kolej swasta aliran Cina, Penasihat Sastera Maybank Berhad dan Turnaround Managers Inc. Pada tahun 1991, beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.
Usman mula menulis dalam bentuk puisi/sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan unsur berperikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya telah menjadi bahan yang amat menarik bukan sahaja dikalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan universiti dalam sebarang acara mendeklamasi sajak, semasa karya-karya beliau berada di dalam korikulum sekolah . Antara sajaknya yang cukup popular ialah : ‘Bunga Popi’, ‘Pak Utih’, ‘Ke Makam Bonda’, Nasib Buruh’, Gadis di Kuburan’, ‘Kekasih’, ‘Duri dan Api’, ‘Merpati Putih Jelajahilah Dunia Ini’ dan ‘Salam Benua’. Drama juga telah mengharumkan nama Usman. Bidang ini telah diterokainya sejak awal 1960-an dengan menulis banyak drama untuk radio dan pentas. Beberapa buah dramanya yang sukar dilupakan ialah : ‘Serunai Malam’, ‘Malam Kemerdekaan’, ‘Tamu di Bukit Kenny’, ‘Matinya Seorang Pahlawan’ dan ‘Degup Jantung’. Dramanya yang banyak di perkatakan ialah ‘Muzika Uda dan Dara’. Ini adalah drama musikal pertama di Malaysia dan telah di pentaskan oleh Gemaseni pada 1972. Antara cerpen-cerpen beliau adalah: ‘Degup Jantung’, ‘Turunya Sebuah Bendera’, ‘Kami Yang Terlibat’, ‘Untuk Malaya Merdeka’, ‘Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi’, ‘Surat Dari Seorang Mata-mata’ dan ‘Tugas/Ini Saya Punya Kerja’. Satu-satunya novel yang beliau sempat menulis ialah ‘Tulang2 Berserakan’ yang juga telah di terjemah ke Bahasa Inggeris bertajuk ‘Scattered Bones’.
Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman amat dirasakan. Beliau bukan sahaja pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga adalah penggerak yang berani memberi penuh inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 50-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM); Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-65). Beliau juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan : Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Genta Rasa di Panggung Anniverseri, Lake Garden, Kuala Lumpur. Acara seni yang bermakna seperti Manifestasi Dua Seni, Kumpulan Puisi Keranda 152 dan Teluk Gong adalah daya usaha Usman bersama penyair seangkatannya.
Sebagai insan yang prihatin, peka, bertanggungjawab dan tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara, pasti sahaja sumbangannya dan pengorbanannya pada jagat sastera bukan sedikit. Oleh itu pelbagai anugerah dan penghormatan diberikan kepada beliau, antaranya: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982) dan Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) daripada Universiti Malaya (1983), Zamalah Sastera dari akhbar Berita Harian (1985) dan Anugerah Penyair Johor (1995) membuktikan pembabitan dan kewibawaannya cukup bermakna.
Sumbangan
Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.
Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.
Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.
Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.
Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.
Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-
Novel : Tulang2 Berserakan
Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.
Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.
Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.
Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.
Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.
PENULISAN
Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah
Bunga Popi
Gadis Kecil
Ke Makam Bonda
Kekasih
Kurang Ajar
Pak Utih
Suara Dari Pusara
Dramanya yang terkenal ialah:
Matinya Seorang Pahlawan
Tamu Bukit Kenny
Serunai Malam
Malam Kemerdekaan
Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)
Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.
Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.
Hasil penulisan
Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya :
Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009.
Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007.
Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical tradition / Mohamad Mokhtar Hassan. : DBP, 2006.
Kami yang terlibat : DBP, 2006.
Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji Salleh: DBP, 2006
Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006.
Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.
Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP, 2004
Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors, 2002.
Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP, 1995.
Selected plays by Usman Awang : DBP, 1995.
Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994.
Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang ; terjemahan oleh Rahmah Bujang : DBP, 1992.
Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti, 1992
Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP, 1988.
Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP, 1987.
Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana.: Pustaka Siswa Moden, 1986.
Usman Awang : penyair ulung.: Berita Publishing, 1986.
Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Bakar Hamid & Usman Awang. : DBP, 1984.
Tamu di Bukit Kenny : DBP, 1984.
Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS.: Fajar Bakti, 1983.
Salam benua = Greetings to the continent : DBP, 1982.
Degup jantung.: Pustaka Melayu Baru, 1981.
Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang & Ismail Ahmad.: DBP, 1980.
Muzika Uda dan Dara : DBP, 1976.
Three South East Asian plays/ Usman Awang dll
Sifat
Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.
Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”
Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.
Terjemahan ke dalam bahasa Rusia
Usman Awang. Kami Yang Terlibat. Penterjemah B. Parnickel. - in: Vostochny Almanakh (Almanak Timur), Vip. 5. Moscow: Goslitizdat, 1962, hlm. 259-267
Usman Awang. Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh. - in: U Obochini Shosse. Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu Moden). Penusun dan penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1963.
Usman Awang. Budi. Penterjemah B. B. Parnickel - in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.
Usman Awang. Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang Perempuan. Penterjemah B. Panickel, T. Dorofeeva, V. Sigaev. - in: Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnickel. Prakata B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977.
Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: "Pamir", 1977, № 1, hlm. 76-77.
Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: Izbrannie Proizvedeniya Poyetov Azii (Karya Pilihan Penyair Asia). Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981.
Usman Awang. Tam Gde ih Nastigla Pulya. Povest' i Rasskazi (Tulang-Tulang Berserakan. Novel dan Cerpen-Cerpen). Penyusun dan prakata B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981 [kandungan:Tulang-Tulang Berserakan (novel). Penterjemah A. Rozhanskaya; Mogok. Kempen Pilihanraya. Tontonan. Sambil Lalu (cerpen). Penterjemah T. Dorofeeva]
Usman Awang. Pak Utih; Kambing Hitam; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua di Pinggir Jalan. Penterjemah Marina Eliseeva. - in: Ruchei. Traditsionnaya i Sovremennaya Malayskaya Poezia (Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Moscow: Krasnaya Gora, 1996. ISBN 5-87647-006-6
Usman Awang. Bunga Popi; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua; Suara dari Pusara - in: Pokoryat' Vishinu. Stikhi Poetov Malayzii i Indonezii v Perevodah Victora Pogadaeva (Bertakhta di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor Pogadaev). Moscow: Klyuch-S, 2009.

Last edited: