BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tolong selamatkan pokok itu'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Lip Eng (kanan) meninjau keadaan pokok yang telah ditebang sebelum ini.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menebang pokok simpan di Taman Rimba Kiara mengundang rasa kurang senang serta menimbulkan pertikaian sebilangan pihak.

Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Margaret Lee berkata, DBKL tidak sewajarnya menebang pokok di kawasan itu memandangkan kebanyakan daripadanya masih hidup dan tidak berbahaya kepada orang awam.

Menurut Margaret, kebanyakan pokok yang ditebang mengambil masa 20 tahun untuk membesar.

“Pokok yang ditebang itu sebelum ini dapat membuat udara dan keadaan di taman rimba ini sejuk serta nyaman. Tindakan pihak berkenaan sangat tidak wajar,” katanya kepada Sinar Harian.

Margaret berkata, dianggarkan 50 batang pokok simpan telah ditebang pihak DBKL sejak Isnin lalu dan tindakan berkenaan mengundang pertikaian pengguna di taman rimba berkenaan.

Jelasnya lagi, terdapat ura-ura mengatakan pokok tersebut ditebang bagi mendirikan ruang parkir, kondominium serta lot pejabat sekitar kawasan itu.

“Kami berharap agar pokok-pokok ini dapat diselamatkan bagi mengekalkan persekitaran hijau yang semakin terhad di kawasan bandar,” katanya.

Tambahnya, pihaknya telah memanjangkan permasalahan tersebut kepada DBKL dan memohon supaya aktiviti penebangan pokok dihentikan segera.

"Bagaimanapun mereka memberi alasan pokok-pokok berkenaan telah uzur dan boleh mengundang bahaya kepada pengunjung.

“Ia tidak logik kerana hanya ada beberapa batang pokok saja yang uzur dan kebanyakannya masih hidup subur,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Rumah Panjang Bukit Kiara, Sundram Vadiveloo berkata, pihaknya berharap DBKL dapat menghentikan kerja-kerja penebangan pokok di kawasan rekreasi itu dengan segera.

“Pokok-pokok ini harus dikekalkan sejajar dengan saranan mengekalkan aspek kehijauan di bandar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng memaklumkan bahawa DBKL sewajarnya memberi perhatian kepada pokok-pokok mati di tepi jalan yang mengundang risiko bahaya kepada pengguna dan bukannya merosakkan keadaan hijau di taman rimba berkenaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tolong-selamatkan-pokok-itu-1.276451
 
anti betul dengan orang yang suka tebang pokok ni. dorang tak penah kuar jalan jalan duduk bawah pokok ambik angin ke? mentang2 la dok dalma opis besar rumah besar kete besar tak pikir kat orang lain lansung
 
pejam celik mata tngok2 dah ada banglo kat tmpt tu.. kurang udara bersih kat kawasan tu..
 
Duit dah ambil tak boleh buat dah. Tanah rizab melayu pun dah tergadai kat bangsa c....dah siap berpagar berlapis dengan tali besi lagi tu. Melayu kalau tengok duit cepat je kelabu mata.
 
dah kena tebang dah tak boleh nak selamatkan apa2 lagi..

kalau nak ada pokok tu, pergi tanam balik.. kehkehkeh
 
Kesian pokok tu..ttu pokok tu rasa sakit kena tebangkan...sian kan..Tolong selamatakn pokok kita..huhuk
 
Back
Top
Log in Register