TT ni jiwa lembut sgt.
taknak repot polis... apa laki cakap, terus telan... kena maki dgn org yg tak kenal pun, masih sabar...
aku rasa bagus jugak sifat tu. memang beruntung laki kau dapat kau.
pasal problem ni, aku nak bagi cadangan sikit.
BERIKAN DIA SIFAR...!
maksudnya, jgn reply kalau dia hantar mesej. semua tu karut je. tak perlu diambil berat pun. tak kira la apa pun yg dia tulis. henset dia, suka hati dia la nak tulis apa pun.
dan jgn angkat kalau dia call. sama juga, dia boleh cakap apa saja dia nak cakap.
semua mesej/call cuma luahan hati dia. tak perlu la kita rasa terancam dgn luahan hati org lain. cuma kita akan rasa sakit hati sikit.
jadi kalau ikutkan cadangan aku tadi,
BERI DIA SIFAR, lama2 dia akan boring juga dan dia pulak yg kena tanggung rasa sakit hati sebab tak dilayan.
lepas tu nanti, bole la dia pulak hantar thread kat cg ni, mengadu kat sini. sebab warga cg sentiasa sudi melayan apa sahaja masalah...


