BTC USD 84,064.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tolong saya buat website

nak belajar part yg mane? installation wordpress? setup webhosting ke
 
saya masih baru dalam dunia mebikin website.. harap ada otai yang sudi bagi tau macam mana cara nak beli domain..hosting dan install templete yang di beli dari wordpress?? tolong saya... terima kasih cari gold


Eheh saya bukan otai tp cuba ingin membantu dgn pengetahuan yg saya telah perolehi sebelum ini ahak ahak

Jadi kalau nak beli domain, pendekarlautdandarat boleh pergi ke beberapa provider yg ada sperti di bawah(tak ikut turutan terbaik ek main ikut dan je list nie ahak ahak)

  1. godaddy.com
  2. netkl
  3. datakl

Untuk dapatkan hosting, boleh beli daripada pelbagai hosting yg ada sama ada international atau dalam Malaysia.
Tips kalau beli domain kat godaddy.com anda sebenarnya dah pun dapat hosting percuma(cuma hostingnya banyak kekangan la ahak ahak)

Antara provider yang anda boleh pilih:

  1. hostgator
  2. Senarai daripada pakcik Gogel kita ttg hosting di malaysia


Bila dah beli hosting dan dah terima email alu-aluan(ahak ahak)- di mana segala maklumat mengenai akaun hosting anda spt username, password dan lain-lain. Pertama sekali ialah tetapkan(pointing) nameserver domain kepada hosting anda. Mana nak dapat nameserver? Biasanya dalam email alu-aluan tu ade info berkaitan, kalau takde buka support ticket kat hosting anda dan tanyakan perihal ini? Oh ya, ini kalau domain di beli daripada tempat selain penyedia hosting anda tu. Kalau beli domain+hosting kat tempat sama, biasanya hosting dah setkan ni semua so anda tak perlu adjust apa2 lagi.

Kemudian, kena la tunggu propagation domain tu, amik masa gak nie ahak ahak. Bila dah setel propagation dan laman web dah boleh di akses, masa utk install WP.

Macam mana nak install WP?

Kaedah install melalui skrip pra-pasang
1. Login ke cpanel anda(alamat url cpanel ialah http://namadomainanda/cpanel atau http://namadomainanda:2082)
2. Klik fantastico atau softaculous di cpanel anda
3. Di halaman fantastico atau softaculous ini ada segmen/bahagian/kategori utk 'Blog' atau something like that, so ambil WordPress dan ikuti arahan yg diberikan.

Macam mana nak install template/theme WP?
Kaedah install automatik
1. Login ke admin panel WP
2. Klik pada 'Appeareance'>'Theme'>'Install Themes'
3. Di halaman Install Themes ni sila klik pada pilihan 'Upload'
4. Kan dah nampak form utk uploadkan fail, so uploadkan fail template anda tersebut melalui borang ni. Pastikan ianya dalam format .zip yer.
5. Klik la pada butang 'Install Now' tu ahak ahak dan tunggu hingga ianya berjaya

Yeahhaha adiba andress dah setel :)
 
Last edited:
berminat nga hosting percuma d siggy budakhs
 
kalau newbie lg gune je wewbhosting malaysia..
sy sarankan gune exabytes.
kat situ ade complete set dan senang paham
 
Opps bro lari tajuk nie ahak ahak syhhhhhhhhhhhhhhh....

Kita kena hormat TT ye dak

sbb TT senyap je.. jawapan bagi soklan TT tu bro dah complete jawap tu..

tunggu die ty lagi je baru leh jawap lagi..ekeke
 
nak belajar part yg mane? installation wordpress? setup webhosting ke

saya dah beli templete...cuma nak install tak tau..byk lagi yang tak tau.. tapi kalau dapat info skit2 dari otai2 kat sini.. boleh la cepat skit faham selok belok cepat... terima kasih semua:)
 
saya dah beli templete...cuma nak install tak tau..byk lagi yang tak tau.. tapi kalau dapat info skit2 dari otai2 kat sini.. boleh la cepat skit faham selok belok cepat... terima kasih semua:)

Boleh nak faham coz takde susah sangat.. Pergi kat link bawah ni dan tengok video yang dalam kategori "Cpanel" dan "wordpress".. Confirm dapat pencerahan nanti..

Link: http://affiliatedotcom.com/training.html


p/s: adakah aku tahu siapa anda..:D:D
 
Back
Top
Log in Register