BTC USD 82,620.2 Gold USD 4,165.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tolong kejutkan kat ipoh ye

aqua.self

Active+ Member
Messages
2,601
Joined
Dec 5, 2010
Messages
2,601
Reaction score
36
Points
30
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Ipoh belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni."
 
hahahaha...kalau aku yang drive bas tu la,memang tension dibuatnye...:eek::eek:
 
hahaha... alor start patah balik pi ipoh smata2 nak bagi budak tu makan nasik bungkus dia... wakakka 1 bas kena troll
 
mula2 yg awai tu kesian gak kat bduk tu
sbb ingat dia nak turun ipoh kot2 ada org tgu dia.
baca sampai habis trus aku :eek::eek::eek::eek:
 
ahahhaahaha...keluar air mata aku gelak baca citer tt ni..:eek:
 
hahaha.. memang lawak.. :eek::eek::eek::)cgrock:)cgrock:)paid
 
adoiii macam tergantung je cter
ape jadi kat budak tu pastu :))
 
Back
Top
Log in Register