Assalam pada semua,こんにちは(Konichiwa)
Seperti yg dijanjikan sebelum ni, mamaimran nak share ttg travel kami ke bandar Metropolis Tokyo pada 28 mei yg lalu..pejam celik pejam celik dah dekat sebulan ia berlalu. Memang satu pengalaman yg menarik sepanjang 4hari 3malam berada dibandar Tokyo. Sejak kerajaan Nippon benarkan warga malaysia melawat Jepun tanpa visa,keinginan utk kesana makin menjadi-jadi.. Kalau ditanya pada mamaimran nak ke pergi Tokyo skali lagi lepas ni...dengan pantas dan tuntas mamaimran akan jawab NAKKKKK!!!!
)
.Inshallah kalau ader rezeki mau nak repeat skali lagi, tak puas..huhu
8->
So seperti biasa travel stail mamaimran ni jenis budget dan bawak family. Dan kali ni kami ader member baru dalam group kami yg baru berusia 6 bulan pada waktu kami ke Tokyo tempoh hari. So kira mencabar sket kali ni punyer journey bawak kids 8thn dan 6bulan.
Nak dijadikan cerita sepatutnya mamaimran dah pergi ke Tokyo lebih awal yakni dalam cuti sekolah pada bulan Mac, tetiba Air Asia X inform bahawa flight dari K.L ke Narita airport telah diberhentikan operasi dan semua flight Air Asia X akan mula turun ke Haneda airport. Disebabkan kami hendak tiba pada waktu sebelah siang di Tokyo, Nak tak nak mamaimran terpaksa reschedule flight ke Narita Airport jugak. Tapi kali ni Air Asia bagi pilihan dan kami memilih utk naik dari KLIA2--BANGKOK--NARITA. Kos penerbangan dari KLIA2 ke Bangkok ditanggung sepenuhnya oleh Air Asia dimana mamaimran tak perlu keluar kos tambahan lagi.
Satu lagi ttg info2 berkaitan Tokyo susah nak diperolehi dalam forum Carigold, terpaksalah mamaimran gigih bukak forum lain,baca blog2 ttg jepun@ Tokyo dan juga nengok review melalui Youtube.
Berpinor biji mata nengok rail network di Tokyo...Tapi mamaimran dapat tips utk lebih mudah nak guna train di Tokyo boleh download apps tokyosubway atau gunakan hyperdia.com
Buku ni pun bagus jugak..pelbagai info ttg tokyo serta pengangkutan awam boleh dirujuk..dan satu lagi ader beberapa attraction di Tokyo bila mana kita tunjukkan buku ni,kita akan dapat macam diskaun utk masuk sbg contoh Ueno Zoo.
Bersambung....
Bila nak share itinerary?


