BTC USD 32,637.8 Gold USD 1,782.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokoh Hadith Agung

mosat_network

Active+ Member
Joined
Jan 13, 2011
Messages
3,598
Reaction score
396
Points
41
Imam Bukhari R.A​

Sejarah Pengumpulan Hadith Usaha ke arah mengumpulkan hadith Rasulullah SAW telah pun bemula sejak zaman sahabat lagi iaitu dalam bentuk hafazan dan catatan kecil yang belum sampai ke tahap penyusunan sistematik.Nama-nama seperti Abu Bakar, Umar ibn al Khattab , ‘Urwah ibn Zubair, Abdullah ibn ‘Amru al ‘As, Saad ibn Ubadah, Abdullah ibn ‘Abbas adalah antara tokoh-tokoh sahabat yang melibatkan diri dalam usaha pengumpulan dan pencatatan hadith-hadith yang mulia itu. Usaha itu bertambah giat lagi selepas selesainya penulisan al Quran dan penyebarannya.

Imam-Bukhari.png

Langkah pengumpulan hadith yang lebih sistematik telah berlangsung dengan efektifnya di zaman tabi’in. Perkembangan ini semakin bertambah lagi apabila pembukuan hadith secara rasmi telah di anjurkan oleh pemerintah Islam bermula pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz (101H).
Demikianlah pengumpulan hadith-hadith Rasulullah SAW melalui beberapa peringkat perkembangan selepas wafat Baginda SAW. Pengumpulan itu berjalan serentak dengan usaha penghafazannya, sehingga pada akhirnya hadith-hadith itu dapat dihimpunkan di dalam kitab-kitab yang besar oleh tokoh-tokoh ulama hadith yang terbilang.

Pengenalan Ringkas Imam Bukhari R.A

Di antara tokoh penghafaz, tonggak dan pengumpul hadith yang agung ialah yang kita kenali sebagai Imam Bukhari r.a. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah ibn Bardizbah al Ju’fi Bukhari dan nama timangannya ialah Abu Abdullah. Beliau dilahirkan pada malam Jumaat 13 Syawal 194 Hijrah di Bukhara dari keluarga yang mulia. Ayahandanya Ismail terkenal dengan ketaqwaan dan keilmuan. Seperti kenyataan Imam al Zahabi r.a dalam kitabnya siyar al Nubala: “Bapanya merupakan di antara ulama’ mencurahkan khidmat bagi agama dan seorang tokoh ulama yang wara’.” Imam Bukhari r.a mula menghafaz hadith Rasulullah SAW ketika usianya belum mencapai 10 tahun.

Kemudian beliau terus meriwayat, menghafaz, mengkaji dan mengumpulkannya sehinggalah beliau digelar dan diakui sebagai imam dan syeikh ahli hadith serta para huffaz pada zamannya. Dalam menjadi penyangga dan khadam terhadap hadith beliau telah menjelajah ke pelusuk-negara-negara Islam yang masyhur dengan khazanah hadith-hadith Rasulullah SAW. Imam Bukhari juga telah memulakan siri penjelajahannya ke ibu-ibu kota Islam pada tahun 210 Hijrah (825M) demi meriwayatkan dan mencatatkan hadith Nabi SAW dari tokoh-tokoh ahli hadith pada zamannya.

Pengembaraannya bermula apabila beliau sampai ke Balakh, Marru, Naisabur dan Rai. Kemudian beliau menuju ke kota-kota dalam negeri Iraq iaitu Baghdad, Basrah dan Kufah kemudian ke Hijaz iaitu Makkah dan Madinah. Kemudian menyambung kembali penjelajahannya ke tanah Syam iaitu ke Dimasyq, Qaisariyyah, ‘Asqalan dan Homs. Kemudian beliau pun mengakhiri penjelajahannya di Kaherah Mesir.

Namanya menjadi masyhur harum mewangi pada zaman tersebut sehinggakan di mana saja beliau berada, beliau akan di kerumuni oleh para ulama’ dan para huffaz hadith. Baghdad dan Kufah adalah antara kota yang sering kali menjadi kunjungan Imam Bukhari r.a. Beliau akan berkunjung ke tempat di mana terdapat ulama’-ulama’ yang mengetahui tentang suatu hadith untuk berbincang dan meriwayatkannya daripada mereka.

Beliau pernah tinggal di Hijaz selama 6 tahun atas tujuan itu. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang memiliki daya ingatan yang kuat. Beliau telah menghafaz 100,000 hadith Sahih di samping 200,000 hadith yang tidak sampai ke darjat Sahih. Hadith-hadith yang terkumpul di dalam Sahihnya adalah hadith yang beliau sendiri mendengarnya daripada 70,000 orang perawi.

Kelebihan dan Keutamaan Sahih Bukhari

Diriwayatkan bahawasanya Imam Bukhari pernah berkata :

مَا كَتَبْتُ فِي الصحيحِ حَدِيْثاً الّا اغْتَسَلتُ قَبْلَ ذَلِكَ وَصَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ

“Tidaklah saya menulis hadith dalam kitab Sahih milik saya kecuali setelah saya mandi dan menunaikan solat dua rakaat.”

Setiap kali sebelum beliau menyalinkan suatu hadith dalam kitab sahihnya beliau akan menunaikan solat dua rakaat dan beristikharah kepada Allah agar dikurniakan taufiq dalam usaha pengumpulan hadith yang benar-benar Sahih. Bagi mencapai niat yang suci itu, beliau telah mengariskan syarat-syarat yang ketat bagi penerimaan sesuatu hadith. Setiap hadith itu mestilah benar-benar Sahih datangnya dari Rasulullah SAW dengan sanad yang Muttasil (bersambung).

Para perawinya hendaklah bersifat adil, jujur dan memiliki daya ingatan yang kuat serta bertemu sendiri dengan perawi yang meriwayatkan hadith itu kepadanya. Apabila kitab sahih tersebut telah selesai disusun beliau telah membentangkannya kepada para imam ahli hadith di zamannya untuk mendapat pandangan mereka. Setelah segala riwayatnya itu mendapat diperakui kesahihannya dan diiktiraf barulah karya agung itu dipersembahkan kepada orang ramai.

Dalam tempoh yang singkat sahaja kitab Sahih al Bukhari terkenal dan tersebar ke serata pelusuk wilayah Islam sebagai kitab yang paling agung berbanding karya-karya ilmu Islam yang lain. Semenjak daripada itu kitab Sahih al Bukhari bukan sahaja dihafaz dan dibaca malah turut dikaji, diulas dan disaripatikan oleh para ulama’ Islam yang terbilang.

Tajuk Asal Sahih al Bukhari

Imam Bukhari r.a telah berjaya mempersembahkan ke atas umat Islam sesuatu khazanah yang paling unik dan bernilai pada zaman itu.

Kitab Sahihnya ini diberi nama al Jami’ al Musnad al Sahih al Mukhtasor Min Umuuri Rasulillah SAW Wa Sunanihi wa Ayyamihi atau lebih terkenal dan masyhur dengan nama Sahih al Bukhari. Ianya merupakan sebuah kitab yang mengumpulkan hadith-hadith yang memiliki darjat tertinggi iaitu hadith yang mencapai darjat kesahihan yang kukuh dari pelbagai aspek berdasarkan kriteria pemilihan hadith. Imam Nawawi r.a dalam Syarah Muslimnya menyatakan :

اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى أَنَّ أَصَحَّ الْكُتُبِ بَعْدَ الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ الصَّحِيْحَانِ: صَحِيْحُ الْبُخَارِي وَصَحِيْحُ مُسْلِمِ وَتَلَقَّتْهُمَا الأُمَّةُ

بِالْقَبُوْلِ وَكِتَابُ الْبُخَارِي أَصَحُّهُمُا صَحِيْحًا وَأَكْثَرُهُمَا فَوَائِدَ

“Para ulama’ telah bersepakat dalam memutuskan bahawa kitab yang paling Sahih selepas al Quran al Karim adalah dua kitab Sahih iaitu: Sahih al Bukhari dam Sahih Muslim. Kedua-duanya telah diterima oleh jumhur umat dan kitab Sahih al Bukhari adalah yang paling Sahih antara keduanya dan paling banyak faedahnya.”

Oleh kerana itu para ulama’ Islam di timur dan barat telah memberi jolokan kepada kitab Sahih al Bukhari sebagai kitab yang paling Sahih di muka bumi ini selepas Kitab Allah SWT iaitu al Quran al Karim.

Jumlah Hadith Dalam Sahih Bukhari

Kitab Sahih al Bukhari yang berada di sisi kaum muslimin sekarang ini mengandungi 7275 hadith termasuk hadith yang berulang-ulang.

Hadith-hadith ini merupakan hadith yang telah dipilih daripada 600,000 hadith yang diriwayatkan, dikumpul dan dikaji oleh beliau sendiri selama 16 tahun. Kerana keistimewaan inilah, kitab Sahih al Bukhari menjadi sebuah kitab hadith yang paling masyhur juga selaku sumber utama kepada berbagai-bagai kitab yang menghimpun hadith-hadith Nabi SAW yang lain.

Tidak terdapat sebuah kitab yang diberi perhatian yang sebegitu tinggi oleh ulama’ Islam selepas al Quran melainkan kitab Sahih al Bukhari. Bilangan kitab yang mensyarah atau yang mengulas Sahih al Bukhari mencapai lebih dari 28 buah kitab. Di antara yang terhebat sekali ialah kitab al Tanqih oleh Badr al Din al Zarkasyi r.a (794H), kitab Fath al Bari oleh al Hafiz Ibnu Hajar al ‘Asqalani r.a (852H), kitab ‘Umdatul Qari oleh al Allamah al’Aini al Hanafi r.a dan kitab al Tawsyih oleh Imam Jalaluddin al Suyuti r.a (911H).

Di antara karya lain Imam Bukhari yang sempat beliau hasilkan di samping karya agungnya ini ialah kitab dalam bidang sejarah iaitu al Kabir, al Awsat, dan al Saghir. Juga kitab al Kuna, kitab al Wujdan, kitab al Adab al Mufrad dan kitab al Dhu’afa.


coverkitab.png

Kewafatan Imam Bukhari R.A
Pada peringkat akhir hayatnya beliau kembali menetap di tanah tumpah darahnya Bukhara. Di sanalah beliau mengajar dan wafat pada tahun 256H (870M). Beliau tidak meninggalkan zuriat lelaki seperti yang telah dinaqalkan al Hafiz al Zahabi r.a. Beliau meninggalkan dunia yang sementara ini setelah mengorbankan jiwa dan raganya demi berkhidmat kepada Rasulullah SAW dan sunnahnya.


makan-imam-bukhari.png

Oleh: Ustaz Salahuddin bin Azarai
 
Last edited:
Sponsored Post

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
banyak nya hadis2 ...
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
Pengenalan Ringkas Imam Bukhari R.A

Di antara tokoh penghafaz, tonggak dan pengumpul hadith yang agung ialah yang kita kenali sebagai Imam Bukhari r.a. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah ibn Bardizbah al Ju’fi Bukhari dan nama timangannya ialah Abu Abdullah. Beliau dilahirkan pada malam Jumaat 13 Syawal 194 Hijrah di Bukhara



Kewafatan Imam Bukhari R.A
Pada peringkat akhir hayatnya beliau kembali menetap di tanah tumpah darahnya Bukhara. Di sanalah beliau mengajar dan wafat pada tahun 526H (870M). Beliau tidak meninggalkan zuriat lelaki seperti yang telah dinaqalkan al Hafiz al Zahabi r.a. Beliau meninggalkan dunia yang sementara ini setelah mengorbankan jiwa dan raganya demi berkhidmat kepada Rasulullah SAW dan sunnahnya.


cuba tt check balik data ni, betul ke tahun hijrah tu?
 

mosat_network

Active+ Member
Joined
Jan 13, 2011
Messages
3,598
Reaction score
396
Points
41
cuba tt check balik data ni, betul ke tahun hijrah tu?

terima kasih tuan dan saya memohon maaf atas kesilapan dan kehinaan diri ini dalam menyampaikan seblom betul2 memastikan kesahihan..moga Allah memuliakan tuan atas teguran ini dan mengampunkan saya atas kesilapan ini atas berkat umat sayyidina muhammad saw..
 

Ibn Raffar

Super Active Member
Joined
May 19, 2011
Messages
7,002
Reaction score
369
Points
81
Alhamdulillah,ambe berjaya memiliki kitab hadits ringkasan Shahih Al-Bukhari.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,748
Reaction score
2,435
Points
201


Early Life of Imam Bukhari

He was born on the 13th of Shawwal 194-AH in Uzbekistan. His father Ismail Ibn Ibrahim was a great Muhaddith (The person who collects Hadiths together), from his father he got the knowledge Hadiths. When he was just a child, his father passed away, later, his mother took a great care of him in bringing him up. Imam Bukhari (RA) had gone blind when he was very young. A lot of treatment had done but nothing happened to his eyes. His mother was a righteous woman, she used to cry in supplication for the eyesight of her son. One day, Allah accepted her prayers.


Ibrahim (AS) came in her dream and said, “Allah has accepted your prayers and the eyesight of your son has been restored.”, that morning when Imam Bukhari woke up, he could see each and everything very clearly.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register