BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Tokan Tapai Johor. 2tj.

blessme81

Fun Poster
Messages
354
Joined
Dec 17, 2007
Messages
354
Reaction score
0
Points
20
Assalamualaikum,warga Carigold.

Anda suka makan Tapai Ubi @ tapai pulut? Tak pernah cuba?
Oh,sayang sekali kalau tak pernah rasa keenakkan dan mencium aroma
tapai.Belum cuba belum tahu,ramai yang menafikan kelazatannya,tetapi
keegoan mereka kecundang jua setelah mencuba sekali dua,mereka "tersungkur" dan
ada yang berikrar mahu menjadi pemakan Tapai secara tegar.

Sejak akhir-akhir ini memang la susah nak makan Tapai,lebih-lebih lagi tapai ubi.Mana nak cekau kalau dah duduk tengah kota.Susah nak jumpa beb,lagi susah dari mencari lelaki yang masih teruna.

Berita baik untuk warga Carigold.Tokan Tapai Johor sedia
membekalkan Tapai kepada anda semua.Bayangkan,Tapai Ubi atau pulut dibungkus dalam daun pisang, lebih segar dan menyelerakan.Boleh makan dengan Vanila aiskrim atau disalut dengan coklat panas.Rindu dengan aroma kuali panas goreng pisang? Tidak menjadi masalah!! Celupkan tapai kedalam tepung goreng pisang rangup dan goreng, cicah sambal tumis.

Bagi yang berjiwa extremist bolehlah blender dengan ais dan jadikan jus tapai ubi.
Bagi anda yang sentimental makan begitu sahaja sudah memadai.Hari yang panas akan lebih bermakna jika tapai disejukkan dulu dalam icebox.Sungguh asyik sehingga ada yang hilang kesopanan semasa menelan tapai sebungkus sekali gus.Pendek kata,lazat dan manis disukai ramai termasuk pesakit diabetes peringkat 3.

Kami menerima tempahan untuk:
Majlis Kahwin
Bertunang
Jamuan Karporat
Jualan direstoran atau dimana2.
Majlis-majlis rasmi
Pesta
Keramaian
Hari Jadi
Ceramah berpermit atau tidak
Tak terkecuali sidang DUN.
(Perhimpunan Haram boleh dipertimbangkan.)


Harga dari RM0.60 sebungkus ke RM1.50 ikut saiz bungkusan.
Kos penghantaran percuma hanya dikawasan sekitar 30km radius
dari area Tangkak.

Hanya untuk negeri Johor,Melaka Dan Negeri 9 setakat ini.
Untuk Negeri2 lain,sila hubungi:

Zulkefli A.B.
014-323 5943
Tokan Tapai Johor
 
Last edited:
perrghh eden donga jer namo tapai ni dah leleh air liuq..kono plak mkn ngan eskrim vanila..mak datuk sodap lak ai....sib baik eden ni duk jauh nun kek kota metropolitan..den up tuk TT
 
ingatkan tokan aper tadi... hahahahahaahaa
 
Back
Top
Log in Register