BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tok Ku Paloh

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
Latarbelakang

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi. Ayahnda beliau ialah Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu.

Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik).

Tok Ku Paloh dikurniakan umur yang panjang. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi.

Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.

Pendidikan


Tok Ku Paloh telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Tok Ku Paloh kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Antara yang menjadi gurunya disana ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah, Tok Ku Paloh telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi.[/B]

Perjuangan Dakwah

Tok Ku Paloh setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani. Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III.

Kegiatan Anti-penjajah

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Ada riwayat mengatakan Haji Abdur Rahman Limbong dan Tok Janggut yang terlibat mengetuai kegiatan anti-penjajah adalah juga murid Tok Ku Paloh.

Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar. Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. “ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. “Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.”
 
Almarhum aki sayid abdul rahman sekarang bersarong pakaian lain dan berwatakan baru. Beliau berilmu tinggi, bersopan dan berhemah tinggi. Digeruni penjajah kerna ilmunya, bersaudara dengan sultan2 yang sama2 dari satu keturunan.
 
antara pejuang2 yg dilupakn..sedihnye..
 
Tok Ku Paloh ni keturunan Rasulullah SAW.

Dilahirkan pada tahun 1817(1236 Hijrah)di Kg.Cabang Tiga,Kuala Terengganu,Tokku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus.Nasab sebelah bapanya sampai kepada Syaidina Hussein r.a. anak Syaidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. Binti Muhammad.lbunya,Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar.Apa yg menariknya disini ialah nasab Tok Ku Paloh ini bercantum dgn Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Muhammad.Perlu kita semua ingat pemimpin ulung akhir zaman yang ditunggu sekalian umat baik adalah berasal dari keturunan Fatimah Az-Zahrah r.ha sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan mengenai Imam Mahdi,

مِنْ أَهْلِ بَيْتِى يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِى وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِى

“Dia berasal dari keluargaku.Namanya(iaitu Muhammad) sama dengan namaku.Nama ayahnya(iaitu ‘Abdullah) pun sama dengan nama ayahku.”Imam Mahdi berasal dari keturunan Fathimah,puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.


Apakah Imam Mahadi dilahirkan dari salah seorang cucu-cicit keturunan Tok Ku Paloh ini?
 
Aku ada dengar satu citer pasal TOKKU PALOH masa zaman Sultan Zainal Abidin atas Bukit Puteri, masa tu penjajah nak serang trg ikut laut, TOKKU PALOH ambik satu bekas air dan kacau air tu dengan jari, dgn izin ALLAH, laut tu jadi bergelora. Sapa2 leh sahihkan citer ni tak
? Aku tak pasti citer ni betul ke tak tapi aku dapat cerita lisan dari orang2 tua dulu2.
 
Tok Ku Paloh ni keturunan Rasulullah SAW.

Dilahirkan pada tahun 1817(1236 Hijrah)di Kg.Cabang Tiga,Kuala Terengganu,Tokku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus.Nasab sebelah bapanya sampai kepada Syaidina Hussein r.a. anak Syaidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. Binti Muhammad.lbunya,Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar.Apa yg menariknya disini ialah nasab Tok Ku Paloh ini bercantum dgn Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Muhammad.Perlu kita semua ingat pemimpin ulung akhir zaman yang ditunggu sekalian umat baik adalah berasal dari keturunan Fatimah Az-Zahrah r.ha sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan mengenai Imam Mahdi,

مِنْ أَهْلِ بَيْتِى يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِى وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِى

“Dia berasal dari keluargaku.Namanya(iaitu Muhammad) sama dengan namaku.Nama ayahnya(iaitu ‘Abdullah) pun sama dengan nama ayahku.”Imam Mahdi berasal dari keturunan Fathimah,puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.


Apakah Imam Mahadi dilahirkan dari salah seorang cucu-cicit keturunan Tok Ku Paloh ini?

Rasulullah saw bersabda : "Dunia tidak akan hancur, hingga mucnul seseorang di kalangan Arab yang namanya sama dengan namaku" (At-Tirmidzi)

Dia kena orang arab... bukan orang melayu:)
 
Almarhum aki sayid abdul rahman sekarang bersarong pakaian lain dan berwatakan baru. Beliau berilmu tinggi, bersopan dan berhemah tinggi. Digeruni penjajah kerna ilmunya, bersaudara dengan sultan2 yang sama2 dari satu keturunan.


Info menarik yg sdra paparkan.Dalam maksudnya ni dan saya amat faham maksudnya.:D
 
Tok Ku Paloh ni keturunan Rasulullah SAW.

Dilahirkan pada tahun 1817(1236 Hijrah)di Kg.Cabang Tiga,Kuala Terengganu,Tokku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus.Nasab sebelah bapanya sampai kepada Syaidina Hussein r.a. anak Syaidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. Binti Muhammad.lbunya,Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar.Apa yg menariknya disini ialah nasab Tok Ku Paloh ini bercantum dgn Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Muhammad.Perlu kita semua ingat pemimpin ulung akhir zaman yang ditunggu sekalian umat baik adalah berasal dari keturunan Fatimah Az-Zahrah r.ha sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan mengenai Imam Mahdi,

مِنْ أَهْلِ بَيْتِى يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِى وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِى

“Dia berasal dari keluargaku.Namanya(iaitu Muhammad) sama dengan namaku.Nama ayahnya(iaitu ‘Abdullah) pun sama dengan nama ayahku.”Imam Mahdi berasal dari keturunan Fathimah,puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.


Apakah Imam Mahadi dilahirkan dari salah seorang cucu-cicit keturunan Tok Ku Paloh ini?

:-?:-?..maknanya di kampung paloh kuala terengganu..salah sorang penduduknya boleh jadi imam mahdi la kot..:-?:-?
 
Rasulullah saw bersabda : "Dunia tidak akan hancur, hingga mucnul seseorang di kalangan Arab yang namanya sama dengan namaku" (At-Tirmidzi)

Dia kena orang arab... bukan orang melayu:)

:-?:-?..tapi ramai yang mengharapkan melayu..sebab didakwa/mendakwa sebagai bani TAMIM..:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register