BTC USD 82,350.1 Gold USD 4,177.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tok Guru Peramu

aku baru hari nih tahu..

Tok Guru Peramu adalah Datuk Bahaman?

SETELAH Mat Kilau mendedahkan identitinya, seorang lagi pahlawan, Mat Saman Sulaiman yang menggunakan nama samaran Mat Kelantan turut melakukan perkara sama.

Namun, masyarakat masih tertanya-tanya mengenai identiti sebenar seorang lagi individu yang terkenal di Kuantan dan berilmu tinggi iaitu Tok Guru Peramu.

Ada yang beranggapan, Tok Guru Peramu merupakan Datuk Bahaman atau nama sebenarnya, Tengku Abdul Rahman Tuanku Imam Nuh.
Walaubagaimanapun Tok Guru Peramu tidak pernah mengakui hakikat tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada 23 Julai 1977.
Jika ada yang bertanya, maka akan diherdiknya orang itu meskipun beliau sering bercerita mengenai Tok Gajah, Mat Kilau dan para pejuang lain.

Namun beberapa individu ditemui S2 yakin bahawa Tok Guru Peramu adalah Datuk Bahaman. Salah seorang daripada mereka adalah Guru Tua Silat Terlak, Abdul Rahman Jaafar, 75.

Menurut Abdul Rahman, keyakinannya itu bersandarkan kepada satu peristiwa yang dialami sekitar 1970-an yang mana beliau bertemu dengan Tok Guru Peramu.

"Nenek saya bernama Hawa ada memberitahu bahawa Datuk Bahaman masih hidup. Beliau turut menyerahkan badik yang didakwa pemberian Datuk Bahaman kepadanya.

"Kata nenek, kalau benar orang yang kamu temui itu Bahaman, dia akan tahu nama badik ini iaitu, Khairulzaman," katanya.

Abdul Rahman menambah, apabila kecoh orang mengatakan Tok Guru Peramu itu Datuk Bahaman, beliau membawa badik itu untuk bertemu tok guru tersebut. Ketika itu neneknya sudah meninggal dunia.
Sebaik sahaja melihat badik itu katanya, Tok Guru Peramu mencabutnya dari sarung lalu mencium sebanyak dua atau tiga kali. Diletakkan di bawah pahanya lalu ditanya dari mana Abdul Rahman mendapat badik itu.

"Saya terangkan daripada nenek. Lalu saya tanyakan namanya. Tok Guru Peramu mengajak saya makan dan minum dahulu. Hanya selepas itu baru diberitahu bahawa nama badik itu adalah Khairulzaman seperti diberitahu nenek.

"Pahlawan itu juga mengakui bahawa badik tersebut diberikannya kepada nenek yang menggunakan nama Yang Esah sewaktu awal perkenalan mereka dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Guru Tua Seni Silat Cekak Menanti, Mat Salleh Tahar, 76, turut mendakwa bahawa Tok Guru Peramu pernah mengaku padanya bahawa dirinya adalah Datuk Bahaman.

Ditanya bagaimana perkara itu boleh berlaku, beliau menjelaskan Tok Guru Peramu mulanya menyatakan bahawa terpulang kepadanya untuk mempercayai apa yang hendak diberitahu.

Tok Guru Peramu pada mulanya berkata "Akulah Raja Sulaiman," sebelum berhenti seketika dan menyambung "Akulah Datuk Bahaman,".

Dalam pada itu, cucu Mat Kilau, Mohd. Alhamadi Abu Bakar, 46, menceritakan bahawa bapanya, Abu Bakar Awang pernah diarahkan Mat Kilau agar bertemu Tok Guru Peramu ketika pahlawan itu semakin hampir untuk membuat pendedahan mengenai identitinya yang sebenar.

"Apabila tiba di rumah Tok Guru Peramu, ayah yang sememangnya diketahui sebagai menantu Mat Siam memberitahu tok guru mengenai niat Mat Siam untuk 'keluar'.

"Tidak semena-mena, Tok Guru Peramu seakan-akan naik angin dan mengatakan bahawa 'orang di hulu dah nak mati' kepada ayah.

Mungkin perkara itu ada kaitan dengan sumpah mereka untuk tidak mendedahkan identiti masing-masing suatu ketika dahulu," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121110/re_09/Tok-Guru-Peramu-adalah-Datuk-Bahaman
 
foto tok janggut yg british bunuh tu pon rupa semacam jer..

byk british tukar sejarah utk memihak pada diorg...
 
masa perang menentang british ni ramai yg melarikan diri..
guna identiti lain utk elak dikesan..
 
banyak info sejarah tok tahu ni. mana dapat? ad link boleh den baca?
 
pernah keluar dlm mastika atau bacaria xsilap.
 
sejarah yg perlu dikenang dan ambil iktibar
 
ade nama buah pukul tok guru peramu..

ayah aku pernah sebut dlu..
 
CERITA TOK GURU PERAMU

Keadaan genting dan memuncak apabila 3 orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap oleh satu pasukan Inggeris di Sungai Semantan pada akhir Oktober 1891, pada hal pengikut Dato' Bahaman hanya memancing ikan sahaja di situ.

Ketiga-tiga orang pengikut Dato' Bahaman itu hendak dibawa ke rumah pasung Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Inggeris juga menuduh Dato' Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasil hutan dan mesti ditangkap dan dihukum juga. Namun salah seorang daripada pengikut tersebut telah lepas lari lantas memberitahu Dato' Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris.

Dato' Bahaman telah mengarahkan anak-anak dan panglimanya bertindak untuk menghalang Inggeris mara ke tempatnya. Dato' Bahaman menggunakan rantai besar yang panjang diikatkan kepada pangkal pokok merbau besar di kedua-dua tebing sungai Lubuk Senggarat. Apabila perahu Inggeris melaluinya, rantai ditarik tegang, dan perahu pun terbalik. Polis Sikh yang ada di dalamnya ada yang lemas, hanyut dan tenggelam. Mana yang pandai berenang pula dibunuh oleh orang-orang Dato' Bahaman.

Inilah pertempuran pertama di antara Inggeris dan orang Dato' Bahaman. Perjuangan ini terus berlanjutan selama hampir 5 tahun secara gerila.

nal;

Cerite dalam buku 'Siapa Tok Guru Peramu' ni panjang lagi. Tapi tak rot koi nok nulihnye. Jadi kawan ambil sikit - sikit je lah.

Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi membuat satu pengisytiharan/persetiaan memberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia.

Percubaan membunuh Dato' Bahaman serta pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahun 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda yang diberikan oleh orang besar adik beradik - Wan Ngah, Wan Nik, Dato Lela dan Orang Besar Lebir telah diadakan di sebuah rumah untuk 15 orang, iaitu 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman telah dibubuh racun di dalamnya.

Mat Lela telah melarang mereka menjamah jamuan tersebut. Pembesar Kelantan dan Siam yang khianat itu memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka. Jadi tiadalah berlaku pertempuran.

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato' Bahaman pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah. Para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan memberitahu siapa mereka pada masa akan datang.

7 orang terlibat dalam sumpah itu, iaitu, Dato' Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Kemudiannya mereka bertolak ke Chiengmai, Pattani.

Pada tahun 1911, mereka balik semula ke Kelantan. Mat Lela ke Indonesia. 2 pejuang lagi telah meninggal dunia di Pattani. Pada 1920, mereka balik ke Kuantan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) memakai nama Lebai Deraman. Pada 1926, berpindah ke Kg. Peramu atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Peramu.

Mat Kilau berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. Pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang.

Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya.
Dato' Bahaman tinggal di Kg Peramu sehingga kematiannya.

Benarkah Dato' Bahaman kena tangkap di Siam?

Hugh Clifford, residen British

Pada hari ini dalam tahun 1895 Hugh Clifford yang menjadi Residen British di Negeri Pahang telah sampai ke Kuala Terengganu dengan satu angkatan tentera yang mengandungi beratus-ratus orang askar lengkap bersenjata. Mereka pergi untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang telah lari menyembunyikan diri ke Ulu Trengganu apabila menentang British yang masuk campur dalam pemerintahan di negeri Pahang. Di antara pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Dato' Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.

Pasukan Clifford secara keseluruhannya terdiri daripada 252 orang. 190 di antaranya adalah orang-orang Melayu. Beliau melakukan berbagai cara untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk-penduduk Kelantan dan Terengganu terhadap pergerakan pahlawan-pahlawan Pahang itu, termasuk membeli rahsia. Bagaimanapun cara itu telah tidak mendatangkan hasil, malah 'lebih daripada itu dilakukannya paksaan dengan kekerasan seperti merotan. Beliau juga menggunakan muslihat dengan cara meminta penduduk melakukan sumpah Qur'an di atas kepala untuk mendapatkan keterangan yang diperlukannya.

Taktik peperangan sepit udang yang digunakan oleh Clifford untuk mengepung musuh dan juga taktik menyekat bekalan makanan masih belum dapat menyebabkan tertangkapnya atau penyerahan diri pahlawan-pahlawan Pahang itu. Clifford mengatakan hal ini berlaku kerana bantuan penduduk-penduduk Kelantan dan Trengganu kepada pejuang berkenaan serta sikap tidak jujur Pesuruhjaya Siam yang dipercayai talam dua muka.

Hugh Clifford yang mengesyaki mereka sedang menyembunyikan diri dalam kawasan rumah Engku Saiyid Keramat di Kampong Paluh, Kuala Trengganu telah meminta pertolongan Sultan Trengganu, Sultan Zainal Abidin dan Eugku Saiyid Keramat untuk menangkap pahlawan-pahlawan Pahang yang dianggap sebagai "pemberontak" itu. Baginda Sultan Zainal Abidin telah menunjukkan sikap enggan membantu pihak British menangkap pahlawan-pahlawan Pahang itu kerana tidak mahu turut serta mengkhianati mereka yang sebangsa dan seagama dengan baginda. Engku Saiyid Keramat yang telah bertemu dengan pahlawan-pahlawan Pahang itu telah meminta mereka itu berlindung di Besut. Dia menggalakkan mereka meneruskan perjuangan terhadap British, kemudian memberitahu Clifford bahawa beliau tidak tahu dan tidak pernah berjumpa dengan pahlawan-pahlawan berkenaan.

Setelah tiga bulan ekspidisi memburu (hingga ke Kelantan) pahlawan-pahlawan itu tidak juga menunjukkan harapan akan berjaya, malah semakin dalam keadaan ketidakpastian, akhirnya pada 17hb Jun, 1895, Gabenor mengarahkan Clifford kembali ke Pahang. Ekspedisi yang menelan belanja $7,393.83 itu telah gagal dalam tujuan utamanya, tetapi menurut Wise (pegawai Inggeris yang terbunuh dalam pertempuran merebut kembali kubu Jeram Ampai pada 29hb Jun, 1894 bahawa ia telah memberikan maklumat yang berguna kepada Inggeris mengenai negeri-negeri Kelantan dan Trengganu.

Bagaimanapun dalam tahun 1896 Duff (Superintenden Polis Pahang) melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin pejuang Pahang yang melarikan diri - Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Imam Perang Yusof, Teh Ibrahim dan Awang Nong telah diperangkap oleh Siam dalam satu jamuan yang sengaja mereka (pihak Siam) adakan. Dalam serkapan ini dikatakan pahlawan Mat Kilau telah terbunuh, dan yang lainnya dibawa ke Chiengmai. Laporan Duff ini disokong oleh hasil penyelidikan wakil Konsul British di Siam, Archer, berdasarkan kepada siasatannya ke atas adik Mat Kilau, Teh Ibrahim.

Antara lain, Teh Ibrahim menyatakan,

...The Siamese would not let us go; and, fearing probably that we would escape, they invited us to a banquet, and suddenly attacked and arrested us while we were eating. 1 was seriously hurt, and have, as you see, still the marks of about ten wounds in my head. My elder brother Mat Kilau was killed at the time, as also others of my relations'.

Bagaimanapun, tidak terdapat sumber yang pasti mengenai peristiwa berkenaan serta berita kematian Mat Kilau. Malahan, dalam bulan Jun 1969 masyarakat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu telah gempar dengan kemunculan seorang tokoh berumur lebih 100 tahun yang mengaku telah menentang Inggeris di Pahang hingga ke akhirnya. Tokoh itu dipercayai sebagai Mat Kilau. Kerajaan Negeri Pahang telah membentuk sebuah awatankuasa khas untuk menyiasat kemunculan tokoh itu dan perjuangannya, tetapi hingga kini masih belum dikeluarkan kenyataan rasmi mengenainya oleh kerajaan Malaysia.

semantan;

Sebenarnya ada juga anak Bahaman yang lain. Menurut sumber, anak Bahaman nie adalah kwn baik atau guru kpd Abu Samah. Apa yang koi tak puas hati semua sumber nie ckp org tua dan hanya pd satu sumber.koi juga puas cari pasal Dato' Bahaman dlm buku. Cuma maklumat dia sikit sngt dan bercanggah. Ada yg koi baca tu, Dato' Bahaman nie berasal dr Kg Cempaka, Lanchang. Dia pernah bertapa kat Hulu Teris bg mendalami ilmu persilatan.dan lg satu dikatakan kubur ayah Dato' Bahaman nie kat Senayan.dan apabila banjir berlaku kubur ini mcm tak mau tengelam.

Lagi satu, masa Dato' Bahaman melarikan diri dr Inggeris (lari bukan krn takut) pihak musuh telah menghantar seorg panglima dr Perak (x ingat nama). Panglima itu pernah bertempur dgn Dato' Bahaman semasa perang Klang dahulu, tapi kalah. Nie kira untuk balas dendam lah. Dlm masa mencari tu dia bertemu dgn Dato' Bahaman dan berlakulah pertempuran. Dato' Bahaman menang.

Sebenarnya ada ramai pengikut Dato' Bahaman nie yang tak lut dek peluru kerana mengamalkan ilmu besi.(kalu tak caya tanya org Kuantan yg mengamalkan silat Mat Kilau). Cuma memang dah jadi sifat org Melayu yg suka dirasuah. Mereka inilah yg akhirnya membocorkan rahsia kelemahan ilmu ini (mana ada ilmu dalam dunia ini tiada kelemahan, jika itu kehendak dr Yang Maha Kuasa). Cuma ada satu yg koi tak puas hati, skrg org Pahang dah tak mengaku org Pahang; dah takde ilmu pertahan diri mcm org dahulu (walhal mungkin datuk nenek moyang mereka tu asalnya hulubalang). Pastu dah tak bersatu mcm org dahulu. Ke mana perginya semangat Dato' Bahaman takpun semangat anti penjajah. Apa kata kalau kita kumpulkan silat dr Pahang dan bekalkan kepada muda-mudi.mcm mana popularnya silat cekak, gayong, sendeng etc. Pada hal dulu dengan silat nie org Pahang dapat menawan Kuala Selangor. Bangkitlah wahai org Pahang!

Komen:

Ada 3 perkara yang nak dibangkitkan; i) ilmu besi yang dimaksudkan itu adalah ilmu jabat - ada 7 jenis. Ilmu ini menafikan sama sekali sifat dan kerja khianat yang dibawa oleh sang iblis (Ini dapat ditelusuri daripada surah Al-Hijr: 39, Shaad: 82 dsb - di mana iblis berjanji di hadapan Allah swt akan menyesatkan anak-cucu Adam a.s. di kemudian hari. Cara penyesatannya itu pelbagai). Jadi, di dalamnya ada pengamalan - zahir-batin dalam usaha mendekatkan diri di hadrat-Nya agar mendapat kasih-sayang-Nya biar terhindar segala permintaan/usaha jahat sang iblis.

Pada sangkar yang kosong itu, hendaklah disikan denak ke dalamnya. Kemudian denak itu dijaga dengan baik dan dipagar dari sebarang pencerobohan serigala dan anjing liar. Tuksu mengajarkan bahawa kita hendaklah sentiasa berada dalam 'kota Tuhan', melalui ucapan 'Lailahaillallah', iaitu dengan sentiasa berada dalam kalimah Zat Wajib-al Wujud, iaitu hidup dalam kepercayaan kepada Allah swt.

Tujuannya adalah untuk kita sentiasa meminta dan mengharap untuk menjadi 'hak' Allah swt (Zat Wajib-al Wujud). Apabila telah menjadi hak-Nya, terpulanglah kepada-Nya tentang apa yang hendak dibuat-Nya terhadap kita. Maka itulah natijah daripada ikrar kita ketika mula solat, "bahawa sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku kerana Allah semata-mata..." tanpa iring-iringan lain (syirik!).

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman, "Sesiapa yang masuk kota-Ku, selamat dari azab-Ku."

Maka Tuksu telah mengajarkan bahawa erti solat itu adalah hubungan hati kepada Allah swt; di mana dalam seruan azan lagi dilaungkan "Hayya 'al-as-solah", iaitu menghidupkan solat (bukan 'marilah sembahyang' seperti faham kebanyakan orang!). Itulah konsep ilmu jabat yang diajarkan.

ii) panglima yang dikatakan berasal dari Perak itu adalah dipercayai Tuksu kerana dalam penyamarannya dia telah merantau hingga ke Perak dan Selangor dalam urusan menjadi 'messenger' kepada sekelian pejuang. Jika dilihat peringkat-peringkat/kemuncak penentangan terhadap Inggeris di Selangor, Perak dan Pahang tidak sama masanya - kerana menunggu utusan itu datang menyampaikan perkhabaran/perkembangan di tempat lain (masa itu mana ada radio atau akhbar arus perdana?). Mungkin ada kekeliruan di sini (tapi ya la... pahlawan pada masa itu memang hebat dalam tipu muslihat mereka);

iii) Kemudian Tuksu memang terlibat dalam perang Selangor bersama dengan Raja Mahadi. Dengan bantuan kapal perang Inggeris dari Singapura, Tunku Kudin menantu Sultan Abdul Samad berjaya mengusir Raja Mahadi dari kota Raja Mahadi (tapak Majlis Perbandaran Klang sekarang - yang cuba dihapuskan kesannya) dan orang-orangnya dari Klang hingga ke Jeram, kemudian ke Kuala Selangor. Siapakah 'orang Pahang' yang menawan Kuala Selangor itu?

Untuk makluman:

Cuma saya tidak pasti siapakah anak raja yang dibawa lari oleh Tuksu ke Matang (Taiping) dari pakatan jahat untuk membunuhnya. Adakah dia putera Raja Mahadi? Konon ceritanya, dia tu anak gahara (Tengku Mahkota!). Lama mereka di Matang sehingga putera itu mangkat dan dikembumikan di Matang juga. Itu mengikut apa yang Tuksu ceritakan.

Seperkara lagi... dalam pengamalan ilmu ini, biasanya sakit untuk mati itu tidak memakan masa yang lama. Ada murid-murid tua yang sedang terlantar masih mampu bersyarah/mengingatkan mereka yang bakal tinggal agar tekun dan taat dalam menetapi hakikat Zat Wajib-al Wujud Allah swt itu - berada dalam 'kota' Tuhan. (Ada banyak lagi la hal dalamannya). Wallahu'alaam.

sumber:
http://ikanlepu.blogspot.com/2011/03/dato-bahaman.html
 
Back
Top
Log in Register