BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TNB sukar pintas KLHC

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Sedar dengan peluang menjulang kejuaraan liga tipis menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) beralih tumpuan memburu kedudukan naib juara pada saingan Liga Hoki Malaysia-TNB 2011.

Pengurus TNB, Samsul Ariffin Zainuddin berkata, pasukannya yang berada pada tangga ketiga liga dengan tujuh mata, sukar untuk memintas kedudukan pendahulu liga Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yang mengutip 12 mata.

"Kami perlu mendapatkan tiga mata penuh pada baki empat perlawanan yang akan berlangsung mulai esok (hari ini).

"Kita tiada pilihan lain selepas melihat peluang untuk berada pada tangga teratas liga semakin tipis, namun itu semua tidak akan merencatkan tumpuan kami dalam saingan liga musim ini," katanya.

Menentang pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini, Samsul berharap jentera pertahanan dan serangan mampu berfungsi dengan baik.

"Kebanyakan gol yang diperolehi pihak lawan berpunca daripada kurang fokus pada bahagian pertahanan. Saya yakin selepas ini mereka dapat memberikan fokus seratus peratus.

"Bahagian serangan juga perlu bijak memanfaatkan peluang gol bagi memastikan kita mampu memperoleh kemenangan," kata Samsul.
 
Back
Top
Log in Register