Aku refer kepada pemain2 yg pernah mendapat offer bermain ke luar negara. Kalau ikutkan dah ramai sebenarnya pemain2 kita bermain di luar. yg aku ingat dari zaman Hai-O, Juzaili Sameon, Akmal Rizal... sampai laa yg terbaru si Nazmi, Fakri dan Wan Zack. Maybe sebelum Hai-O dan Akmal tuh pun ada ramai lagi pemain kita bermain di luar negara. Tapi macamana dgn tahap prestasi diorg? ada memberi kesan tak kepada peningkatan permainan di Malaysia bila diorg balik sini?
Kita tgk pulak Jepun, Korea. Diorg pun bermula dgn export pemain2 diorg bermain di luar negara. Tapi pemain2 diorg cekal, dan cita-cita nak naikkan mutu permainan diorg dan permainan negara diorg. At the end pasukan Jepun dan Korea berjaya naik sampai masuk World Cup. Mmg tak dinafikan pada awalnya diorg nih masuk world cup pun atas tiket tuan rumah. Tapi selepas dari itu prestasi diorg tak down. diorg tetap jadi jaguh Asia dan masuk world cup berkali-kali sampai sekarang.