TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Telekom Malaysia Bhd (TM) akan memeterai perjanjian perkhidmatan bagi menyediakan rangkaian instrastuktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan 20 pemaju pembangunan tempatan sepanjang 2012.
Naib Presiden Eksekutif TM SMEnya, Azizi A Hadi berkata, tahun lepas kami telah menandatangani 11 perjanjian dengan syarikat pemaju tempatan.
“Kerjasama kali ini dijangkakan meningkatkan 10 sehingga 15 peratus bilangan pelanggan dengan liputan kawasan daripada 75 kawasan kepada 95 kawasan dan 1.3 juta premis sedia dipasang menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kumpulan BHL bagi perkhidmatan peningkatan HSBB ke atas tiga projek pembangunan sekitar Subang Jaya, Kuchai Lama dan Cheras.
Menurutnya, pembangunan pada masa akan datang itu akan meliputi 70 peratus Lembah Klang seterusnya ke Pulau Pinang, Johor dan Sabah.
Katanya, TM akan terus bekerjasana dengan syarikat pemaju bagi memberikan perkhidmatan HSBB terbaik pada masa akan datang.
Sementara, Pengerusi Eksekutif Kumpulan BHL, Datuk Lim Boo Kian berkata, perjanjian bagi tiga projek itu melibatkan kawasan pembangunan seperti USJ One Park di Subang Jaya, KL Palace Court di Kuchai Jalan Klang Lama dan Cheras.