Pendapat aku la....
Tak salah pegi kelas sebab nak menuntut ilmu.Cuma yuran kelas tu agak2 la.Tapi bagi saya yg penting ada diri anda sendiri sebagai seorang trader.Pegi kelas bayar RM50 pun kalau boleh berjaya kalau anda boleh kawal diri dan emosi.Displin kena jaga.
Anda guna sistem terbaik pun sistem tu ada jugak kelemahannya.
Bila loss mula la maki dan sumpah seranah guru2 forex dan sistem
Sistem ni tak ok la ..teruk la.Padahal baru berapa hari anda guna sistem itu.Pastu tukar teknik...sistem...trade lagi.Loss lagi..
Maki lagi guru forex..heehe..hehe..padahal sendiri punya salah.Sorry teroff topik sikit...
Kelas forex bagi saya ok.Cuma jgn ada yg niatnya serong iaitu untuk kaut untuk dari yuran kelas.Cikit dah la...sebab guru forex tu patut dah kaya raya dengan ilmu yg dia ada.Aku ada kenal sorang trader ni...dia ajar org jugak..charge boleh tahan.Tapi dia tidak menipun org..ajar secara ikhlas..ada follow up...dan yg paling penting..anak murid dia trade leh dapat untung hasil forex...itu pun hakikatnya bergantung kepada diri trader itu sendiri.
Kalau Warren Buffet jadi guru pun tapi trade forex gaya seladang hancus jugak...
Kesimpulan...belajar cari ilmu..pratikkan..kalau lost ke hapa ke bukan sebab ilmu...Ilmu tak salah.Yg salah diri kita.Sabar ke kita....tamak ke kita...atau lain2.
P/s : aku pernah terkena..belajar trendline je..bayar RM300...masa tu naive lagi..bila diingat sekrang tepuk dahi...
