BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tipu sijil cuti sakit

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU: Perbuatan segelintir anggota bomba menipu sijil cuti sakit (MC), terutama pada musim perayaan, adalah perkembangan yang membimbangkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ab Ghani Daud, mengakui ada segelintir anggota bomba mendapatkan MC daripada klinik swasta secara mudah tapi apabila disiasat mereka didapati tidak mengalami masalah kesihatan.

“Perbuatan itu sangat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan operasi harian, terutama pada musim perayaan.

“Tindakan itu sungguh mengecewakan berikutan jadual kerja pada musim perayaan dirancang lebih awal, tambahan ia menjejaskan operasi harian berikutan bomba adalah pasukan yang bekerja secara berpasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, di sini, semalam.

Ghani berkata, pada cuti Aidilfitri lalu, ada balai di negeri itu yang mempunyai lapan anggota, tetapi tiga daripadanya MC sedangkan satu jentera memerlukan sekurang-kurangnya enam anggota ketika sesuatu operasi bantuan kecemasan.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini 16 anggota dikenakan tindakan, sama ada pentadbiran atau tatatertib, berikutan perbuatan gemar mengambil cuti sakit sedangkan tidak mengalami masalah kesihatan.

“Anggota itu akan diberi pemulihan dulu dan jika kes terlalu berat mereka boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dibuang kerja. Bagaimanapun setakat ini belum ada anggota dibuang kerja kerana masalah ini,” katanya.

kena tambah lagi anggota bomba ni..
 
tipu sijil cuti sakit ni bukan jadi kat bomba jer, kat company lain pn sama, kalo pompuan ckp jer sakit perut tentu dpt ha ha ha
 
alaa, standard la, bukan bomba jer..rmai lg wat camni..:D
 
tambah lagi bilangan anggota bomba

tak perlu risau bila anggota M.C
 
nak sijil mc tah payah ulang-ulang pegi klinik....photoshop jerrr....:)):))
 
eeerr..no komen le bab MC ni..:">
 
gaji bomba ni tak besar sgt.. bila bekerja time puclic holiday or lebih masa bomba tak kena bayar OT pun.. OT ni diorang ganti ngan EGT ( elaun gantian tetap ) elaun ni alahaaaai tak la besar mana.. cuba KERAjaan bagi gaji besau sket or OT.. gerenti diorang xnak cuti or MC punya..

p/s: i'm Ex-bomba :p
 
Back
Top
Log in Register