BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Tips Untuk Membaca Dengan Laju - Speed Reading

nikyah

Active Member
Messages
1,291
Joined
Sep 27, 2010
Messages
1,291
Reaction score
7
Points
25
Kerjaya saya memerlukan saya membaca sangat banyak dokumen. Saya mengaplikasikan teknik speed reading, sejak di zaman sekolah lagi. Teknik speed reading yang saya amalkan:

1. Jangan sebut perkataan di dalam otak. Baca sahaja.
2. Jangan ulang perkataan.
3. Baca pada fixated points dalam muka surat yang saya perlu baca, bukannya perkataan demi perkataan.

Speed-Reading-Tip1.jpg


Dalam gambar di atas, cara tradisional ialah baca perkataan demi perkataan. Teknik speed reading ialah dengan melangkau perkataan.

Allah telah jadikan minda kita nampak perkataan di sebelah kiri dan kanan perkataan yang kita baca. (Imam Shafi'e nampak dan hadam ayat-ayat pada muka sebelah).

Tambahan:
Tengok gambar di bawah pula:

speed-reading-technique-audio-3-graphic.jpg


Garisan merah menegak tu sebagai rujukan. Dalam setiap baris ayat, fokuskan mata/bacaan kita pada garis merah sahaja. Automatik, perkataan kiri dan kanan akan masuk otak juga.

Contoh lain:

Saya suka makan nasi dengan sambal belacan dan petai.

Cara biasa ialah baca sebiji-sebiji perkataan. Cara speed read adalah fokus mata kita pada perkataan makan dan sambal. Automatik otak akan dapat tangkap seluruh ayat.

In sha Allah bermanfaat.
 
Last edited:
Nie teknik tony buzan, aku ada buku dia
 
tak leh nak hadam.. lagi2 tt.. ilmu baru ni

Cara biasa kita baca, kita baca sebijik-sebijik perkataan.
Teknik speed reading ni, kita tak baca sebijik-sebijik.

Tengok gambar di bawah:

speed-reading-technique-audio-3-graphic.jpg


Garisan merah menegak tu sebagai rujukan. Dalam setiap baris ayat, fokuskan mata/bacaan kita pada garis merah sahaja. Automatik, perkataan kiri dan kanan akan masuk otak juga.

Contoh lain:

Saya suka makan nasi dengan sambal belacan dan petai.

Cara biasa ialah baca sebiji-sebiji perkataan. Cara speed read adalah fokus mata kita pada perkataan makan dan sambal. Automatik otak akan dapat tangkap seluruh ayat.

Faham?
 
camna nak speed reading tanpa sacrifice pemahaman bro.. aku baca mmg laju..
 
Back
Top
Log in Register