BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tips untuk melupakan sidia..!~

kawan2..!~ tolong aku wehh..!~ aku da cuba supaya tak teringat dier lagi..!` tapi sering terbayang2..~ ade tips tak utk aku lupakan dier..!` mcm2 aku da buat..!` tapi tak jalan gak..!` still teringat kat dier..!` tolong la weh kengkawan..!~ tolong la..!~ sakit sgt rase nyer..!` dah tak tahan da rase nyer..!` tolong..

nah tips...


Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.


Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
 
maybe dah ok kot hihihi
 
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/watch?v=XJEDxnSQ9JQ"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/watch?v=XJEDxnSQ9JQ" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>
 
Last edited:
kawan2..!~ tolong aku wehh..!~ aku da cuba supaya tak teringat dier lagi..!` tapi sering terbayang2..~ ade tips tak utk aku lupakan dier..!` mcm2 aku da buat..!` tapi tak jalan gak..!` still teringat kat dier..!` tolong la weh kengkawan..!~ tolong la..!~ sakit sgt rase nyer..!` dah tak tahan da rase nyer..!` tolong..

apa yg tt ni rasa sephira pernah rasa..memng frust gak n xdapat terima kenyataan tp insyaalah lelame dapat..tu sebab setiap manusia x sepatutnyer meletakkan cinta sesama manusia di tempat pling atas melainkan kite meletakkan cita kepada allah di tempat terats nescaya kite takkn kecewa..k..
 
Tanya diri sendiri adakah TUJUAN hidup anda semata2 untuk BERSAMA si dia?

Kalau jawapan anda ialah "YA" maka ingatlah si dia sampai diri anda bertambah merana, akan ttp kiranya jawapan anda "TIDAK" maka teruskan hidup...

LIVE GOES ON​
 
Back
Top
Log in Register