tebbaloi
Legendary Member

- Messages
- 13,457
- Joined
- Mar 4, 2009
- Messages
- 13,457
- Reaction score
- 444
- Points
- 131
Jom baca tips berikut…
1. Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris dari dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam sekarang ni Maher Zain tengah glamer!
2. Nanti bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan lain2 untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris dari peringkat awal lagi. Mak ayah kena berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak payah mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk mengajar.
5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2 flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
6. Jangan malu dan segan untuk ajar anak-anak dikhalayak ramai. Abaikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
7. Ingat, bila seseorang kanak-kanak mahir dalam sesuatu bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang kita tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Beli buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak . Kalau diorang minat kartun,tak salah belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa. Tapi Sinchan jangan beli. Unsur lucah merata rata!
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
13. Kenali minat anak anda. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.Bagi semangat sikit nak belajar. Bila anak seronok diorang akan enjoy belajar english.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So kita kenalah cari teknik2 pengajaran yang tak boring. Kalau nak ajar tak payah lama lama dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18. Jangan risau, anak anak tak akan pening kalau didedahkan kepada dua bahasa dari kecik. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi, maksudnya pronounce jangan pelat pelat. Sebut betul betul dan guna ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan mengulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kadang2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna flash card anda juga boleh gunakan kad perkataan. Yang ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Beli je kad kad untuk buat nota yang bersaiz poket. Tulis perkataan baru dan cuba jadikan ianya ‘fun’ bersama anak anak.
24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Huhhh, nak mendidik anak bukan satu benda yang senang. Pandai buat anak pandai lah didik anak kan? Ingat English is fun, seronok bila kita tahu cara yang betul untuk mengajar anak anak kan?.
sumber selangor2u
selamat mencubaa
ANTARA CADANGAN DARI WARGA CG SUPAYA BUDAK PANDAI MENGUASAI ENGLISH
baca buku peter and jane.. 3 bulan dah boleh pandai..
![]()
dier guner keyword, maknanya hafal rupa perkataan tu, xyah eja2..
buku nie ada satu set sampai nomo 12, tp bila dah pandai nomo 5 kira nk baca newspaper, lirik lagu, buku lain pun dah boleh
dlm 5 minit pagi, 5 minit ptg, tiap2 hari dah cukup
buku nie mmg dah ada sejak tahun 1964, tp sampai skrg masih dicetak sbb betul2 berksn..
anak akak aku baru dpt upsr semalam..dpt 4a 1b..yang subjek dpt b tu BI..penting tol BI nie..dari kecik mmg patut dilatih speaking n learning..
masa akak disekolah rendah kebangsaan semuanyer melayu tp mr.ng dan mrs devi guru bah.inggeris kami selalu memberi galakan berterusan pada murid2 dgn mengadakan story telling,poem reading dan mcm2 kuiz bah.inggeris. Secara x langsung ini dpt membantu meningkatkan keupayaan bah.inggeris anak2 melayu. Cuma yg sygnyer segelintir murid yg bersikap negatif selalu mengejek kami "org putih celup". Mentaliti mcm nielah yg x mahu terima kemajuan dan x blh tengok org lain ada kelebihan.
yg penting kena cakap BI on daily basis. tp jgn sampai bahasa melayu terus lupa!![]()
yg penting kita sebagai parents pun kena cakap english,
baru anak2 ikut.....
sape nak jimat beli flash card atau seumpamanya.
cuba guna kaedah ini.
guna camera digital, amik pic mane2 tempat dlm rumah ke, pasar raya, taman-taman bunga. sambil jalan2 bawak anak amik sekali pic.
balik umah masukkan pic tadi ke dalam powerpoint dan letak namanya sekali.
boleh tunjuk balik kat anak2. biasa kanak-kanak ni suka dengan komputer. so senang nak flash back balik benda-benda yg pernah mereka tengok.
jadi kos nak beli flash card dapat dikurangkan dan tahan lama tidak koyak atau hilang.
paling penting kalau nk bg anak fasih english, since 1st day dia lahir parent dah kne cakap english dengan pasangan,friends and family mase baby around dorang, pastu since kecik, lagi biase kan rumah tu dengan lagu2 english (more to lagu2 pembelajaran) since kecik mak ayah dah anta anak blajar english or klau bnyk duit bleh hire private tutor..
and paling penting jangan setakat blajar bahase english jer, grammar pon kne betul, klau tak, nnti berterabur...
just my 2 cnt.. teHEE
and the last one, jangan lupa doa kat allah..: D
Last edited: