Tips Jimat Berbelanja

Recommended Brokers


Pakteh KL

Fun Poster
Joined
Nov 10, 2011
Messages
646
Reaction score
50
Points
20
Ramai diantara kita merungut kekurangan duit untuk membeli atau membayar sesuatu, faktor utama yang menyebabkan berlakunya perkara seperti itu adalah disebabkan kita berbelanja melebihi kemampuan kita, contohnya kita mampu untuk beli kereta Proton Inspira tapi apabila dikaji balik kalau kita beli Myvi pun dah cukup, memang bersesuaian dengan keperluan kita dan duit lebihan dari perbandingan harga tersebut boleh dibelanjakan untuk tujuan lain, Di sini disebabkan kita minat akhirnya duit kita hanya cukup-cukup makan je dan apabila terjadinya sesuatu dan kita terdesak memerlukan duit mulalah tidak cukup dan berhutang. Di sini ada beberapa tips untuk mengawal perbelanjaan yang dapat kita kongsi bersama.

Masa Hadapan

Berbelanjalah kurang dari pendapatan bulanan kita, selebihnya eloklah disimpan untuk kegunaan masa hadapan. walaupun sedikit jumlah kita simpan, lama-lama akan banyak juga dan pada masa tu lah kita akan rasa puas dengan hasil simpanan kita selama ini.

Dibawah Kemampuan

Belilah barang yang kita benar-benar mampu untuk membayarnya, kalau boleh bayar secara tunai, tidaklah akan membebankan kita untuk memikirkan hutang bulanan yang harus dibayar, kalau terlambat bayar interest pun naik, kan dah menambahkan hutang.
Yang lebih elok walaupun kita mampu tapi kita berbelanjalah dibawah kemampuan kita.

Keperluan

Utamakan beli sesuatu berdasarkan keperluan bukannya kehendak contohnya dah ada handset Nokia N97 masih elok tapi nak tukar beli Samsung Galaxy disebabkan application yang lebih canggih, kan dah kira membazir, sebenarnya lama-lama akan bosan juga menggunakannya selepas tu tukar lagi.

Anggaran Perbelanjaan

Buatlah anggaran perbelanjaan kita secara bulanan maksudnya kira kesemua hutang kereta, rumah, bil-bil, nafkah, barang rumah dan lain-lain, selepas itu bakinya barulah kita belanjakan untuk barangan atau sesuatu perkara yang diperlu dijelaskan jikalau tiada apa-apa yang hendak dibelanjakan eloklah kita simpan walau bakinya lebih dari biasa kita simpan.

Elakkan Kad Kredit

Menggunakan kad kredit biarlah berpada-pada, kadang-kadang kita leka menggunakannya sehingga melebihi kemampuan kita berbelanja untuk bulan tersebut, kalau boleh tidak menggunakkan kad kredit, biasakan membawa wang tunai yang mencukupi untuk digunakan sahaja.

Berdoalah

Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari sebarang musibah seperti bebanan hutang atau kecelakaan yang mengakibatkan kerugian harta benda. Mudah-mudah Doa kita sentiasa dimakbulkan oleh Nya.

Harap kita dapat bersama mengawal perbelanjaan kita supaya tidak membebankan diri kita dan orang lain, Ingat jangan sampai kita diperhambakan dengan duit nanti buruk padahnya, Renung-renungkan dan selamat beramal...:)
 
Sponsored Post

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,560
Reaction score
338
Points
141
rakyat Malaysia
Kad kredit Bukan lah tabiat menghabis Kan Wang kalau tau tactic nak guna dia...

Malah Makin jimat lagi ada...grab Bukan lah satu tabiat menghabis Kan malah satu alternative untuk menjimat kan duit bagi sesetenggah org
 

nurulazzin

Fun Poster
Joined
Aug 2, 2013
Messages
183
Reaction score
3
Points
15
Betul2.. Sye pun skrg nak jimat2 belanja juga.. Yelah dah berkeluarga kan.. Haritu fikir2 gak camne pastu abg cadangkan tukar acc gaji ke hong leong.. Before this tak ambik tau pun pasal interest dia tpi bler dpt tau, terus tukar.. Tak sia2 tukar acc simpan gaji hehe
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,560
Reaction score
338
Points
141
Betul2.. Sye pun skrg nak jimat2 belanja juga.. Yelah dah berkeluarga kan.. Haritu fikir2 gak camne pastu abg cadangkan tukar acc gaji ke hong leong.. Before this tak ambik tau pun pasal interest dia tpi bler dpt tau, terus tukar.. Tak sia2 tukar acc simpan gaji hehe
Dah2 la Tu iklan pasal Hong leong
 

Shazleena89

Freshie
Joined
Sep 6, 2019
Messages
25
Reaction score
3
Points
8
laa memang interest dia tinggi pun, better tukar lah sbab lagi bnyk benefit kt situuu. tak nyesal dooo
 

cccpoh

Internet SEO Mercenaries
Joined
Jul 11, 2013
Messages
80
Reaction score
0
Points
6
Nasib baik company aku mmg guna hlb utk acc gaji hehehe.. Tuptup terus masuk contest yg boleh dpt 100k tu.. Hadiah sampingan pun ada jugak idok ye..
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,883
Reaction score
574
Points
161
Jangan nanti thread terus bertukar pasal HLB pula... :ROFLMAO:

1. Kopi RM5 tepi jalan tu pun kira mahal

2. Bayar guna kad kredit untuk kumpul point dan buat penebusan. Tetapi hanya guna untuk perbelanjaan yang boleh kita jelas penuh hujung bulan, jangan berhutang. Kalau berhutang untuk beli handphone atau laptop, cari yang 0% interest installment.

3. Tengok wayang setahun sekali untuk filem yang betul2 berbaloi macam Star Wars (untuk saya). Boleh jer nak layan kat IPTV percuma untuk yang lain. :D

4. Berhenti terus, jimat duit. http://taknak.myhealth.gov.my

5. Guna botol air mineral sampai lunyai. Isi air RO kat rumah atau pejabat.

6. Download mp3 daripada youtube dan buat playlist sendiri. Tak perlu guna Spotify.

7. Grab tu untuk kecemasan sahaja

8. Fast food murah bila ada promosi sahaja. Sekarang harga pun dah lagi mahal daripada mamak.

9. Jangan buka Shopee atau Lazada kecuali bila perlu beli sesuatu. Bukan semua promosi dalam tu murah pun.

10. Jangan ceburi hobi yang mahal. Layan drone pun bermusim. Lepas tu simpan dalam stor berhabuk. :D
 

mrcreator

Fun Poster
Joined
May 23, 2016
Messages
180
Reaction score
30
Points
20
1. Kalau nak membeli gadget ka, barang apa2, saya selalu beli barang yang secondhand. Macam PS4, Xbox, barang-barang kereta. Dah bosan main, jual balik, harga tak lari sangat.

2. Handphone pakai line prepaid, sebulan 5GB data dalam rm30. Cukup untuk saya sebab saya tak pernah buka Youtube/Instagram/apps yang guna video/gambar yang besar. Kat rumah dah ada TIME Internet, sebulan RM100++.

3. Makan kat opis sehari limit rm20 je. Kalau ada baki, kumpul sampai hujung bulan, lepas tu joli makan/beli gadgets. Kat opis bancuh nescafe sendiri je, tak beli kat luar.

4. Keluar jalan-jalan kat mall, lepas tu pegi kedai makan kat luar. Sebulan/2 bulan sekali baru makan mahal. Tu pun pening sebab kena tengok anak boleh makan ke tak kat kedai tu. Biasa masak sendiri, so semua orang boleh makan.

5. Pegi kerja naik motor. Minyak seminggu rm15.

6. Barang dapur tukar brand yang murah. Barang makanan beli jenama Tesco, murah tapi okay. Tapi sesetengah benda kalau murah tapi kualiti tak sampai tahap yang dikehendaki, tak beli jugak.

7. Kredit kad takde. Personal loan takde. Yang ada loan rumah dengan loan kereta.

Bila tengok, nampak macam kedekut. Tapi dengan cara nie, Alhamdulillah duit dalam tangan/simpanan sentiasa ada untuk kecemasan. Kereta tiba-tiba rosak, terus hantar repair. Kecemasan kena balik kampung, terus balik. Mesin basuh tiba-tiba rosak, esok terus beli baru cash.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register