BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Tips dan Panduan Jimat Minyak

syokbah.com

Fun Poster
Messages
666
Joined
Nov 15, 2013
Messages
666
Reaction score
0
Points
15
Tips+dan+Panduan+Jimat+Minyak.jpg


1. Penuhkan minyak

Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

2. Kurangkan laju

Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak.

3. Tayar

Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh

Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar

Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban

Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah rakan-rakan beban sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal

Rakan-rakan akan lebih sihat dan cun.. Betul tak?? :eek:
 
aku pun mcm perasam, kalo full tank rasa macam lagi jimat dari isi minyak, 20-30.. isi minyak sikit2 mcm cepat habes ja. :D
 
9. terbang guna wau
 
Back
Top
Log in Register