BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tip Memilih Saham Yang Menguntungkan

faizalyusup

Fun Poster
Messages
374
Joined
Aug 11, 2011
Messages
374
Reaction score
163
Points
23
Memilih sesuatu saham yang baik untuk dilaburkan adalah satu perkara yang agak sulit namun demikian ia boleh dilakukan andai kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenainya. Ini kerana terdapat lebih 1400 kaunter di Bursa Malaysia. Jadi kaunter saham yang manakah yang baik untuk kita beli dan yang mana pula yang perlu kita elakkan.

Bagi memudahkan kefahaman anda, cuba hayati dan fahamkan analogi ini.

Membeli saham sebenarnya umpama membeli kereta. Untuk mendapatkan keuntungan kita mestilah cuba mencari kereta Mercedes tapi pada harga kereta kancil, paling tidakpun kita kena cari kereta Wira pada harga kereta kancil. Kalau kereta kancil itu telah naik harga dan bertukar menjadi kereta Wira mahupun Mercedes maka telah tiba masanya untuk kita menjualnya.

Kereta Kancil yang menjadi kereta Wira ialah syarikat kecil yang menjadi sebuah syarikat yang besar tetapi kereta kancil yang menjadi kereta Mercedes ialah syarikat yang kecil berpotensi menjadi syarikat global. Ini bermakna harga sahamnya yang murah meningkat menjadi mahal bersesuaian dengan dengan kemajuan perniagaan syarikat tersebut.

Sebenarnya tanpa ilmu pelaburan saham ini maka kita akan membeli kereta Kancil mahupun Wira pada harga kereta Mercedes malah lebih mahal daripada itu. Kita membeli saham pada harga premium yang mana pastinya akan merugikan kita kelak sebagai pelabur.

Dalam lain artikel InsyaAllah FY akan huraikan bagaimana ini boleh dilakukan.

Kita membeli saham BUKAN pada HARGAnya tetapi pada NILAInya.

Sekian dulu.
 
FY ingat nak mulakan thread bagi sesiapa yang nak merujuk pasal pelaburan saham di Bursa Malaysialah. Sebab FY rasa FY tak perlu tukar-tukar thread untuk menjawab itu dan ini. ok tak? Tanya FY apa-apa soalan saham. InsyaAllah akan FY cuba jawab mana yang terdaya...
 
MENILAI HARGA SAHAM DENGAN KAEDAH PE RATIO (PRICE/EARNINGS)

PE Ratio ini dikira daripada harga saham dibahagikan dengan Earnings after Interest, Tax, Depreciation and Ammortizatioan (EAITDA) syarikat tersebut. Tapi demi untuk memudahkan, kita boleh mencarinya dalam suratkhabar Star dalam segmen Business atau mana-mana akhbar yang mempunyai segmen saham di dalamnya.

Dalam hal ini kalau kita lihat instrumen pelaburan yang ada di Malaysia ini maka kita boleh mendapatkan pulangan pelaburan sebanyak 8% setahun melalui pelaburan dalam Amanah Saham Berhad, skim amanah saham yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad.

Namun demikian kalau kita melabur dalam Akaun Simpanan Tetap jumlah kadar faedahnya adalah jauh lebih rendah daripada itu iaitu sekitar 3 hingga 5 % sahaja.

Katalah anda punya RM1.00 untuk dilaburkan maka mengikut kiraan PE begini cara pengiraan mudahnya iaitu ;

Kalau syarikat itu PE nya 20 maka ;
RM1/ PE 20 = 5 peratus

Kalau syarikat itu PE nya 15 maka ;
RM1/ PE 15 = 6.67 peratus

Kalau syarikat itu PE nya 10 maka ;
RM1 / PE 10 = 10 peratus

Kalau syarikat itu PE nya 5 maka ;
RM1 / PE 5 = 20 peratus

Dalam ertikata mudah, kalau PE nya 15 maka kita akan dapat keuntungan sekali ganda dalam jangkamasa 15 tahun. Ini bermakna syarikat yang mempunyai PE Ratio yang rendah akan memberikan pulangan yang lebih cepat kepada pelaburan yang kita jalankan. Namun demikian ini hanyalah satu kaedah asas yang perlu difahami sebelum dicantumkan dengan kaedah-kaedah yang lain bagi mendapatkan penilaian yang terbaik sebelum membeli sesuatu saham itu.

Oleh itu sekiranya ada orang yang menyarankan kita membeli saham pada PE yang melebihi 15 maka sebenarnya kita membelinya pada harga yang tinggi. Ia umpama kita membeli kereta Kancil pada harga kereta Toyota mahupun kereta Mercedes.

Namun demikian tak semua saham yang diniagakan pada PE yang lebih dari 15 yang tak bagus. Kebanyakan saham Blue Chips didagangkan pada PE melebihi dari 15. Ini kerana perniagaan tersebut telah terbukti dan bertahan sekian lama. Contohnya mereka yang melaburkan duit mereka ke dalam saham Gamuda, Public Bank dan Maybank sejak 20 tahun yang lalu pastinya akan memperolehi pulangan yang melebihi 15% tahunan dewasa ini. 15% disini bermakna PE 7.

Saham-saham industri Gaming, Kewangan serta saham-saham monopoli seperti PLUS, TELEKOM, TENAGA semua berada dalam lingkungan PE yang melebihi 15. Persoalannya ialah bagaimana kita mahu mendapatkan nilai yang terbaik daripada duit yang kita laburkan. Semua ini akan dijelaskan bila anda selesai membaca buku ini nanti. InsyaAllah.

Tahukah anda sekiranya anda melabur 1 lot saham Public Bank bernilai RM1,000.00 pada tahun 1967, anda sudahpun mendapatkan pulangan lebih kurang RM1 juta hari ini!

Nota :

PE – Price / Earning Ratio
Harga saham dibahagi dengan (EAITDA) Earning After Interest, Tax, Depreciation and Ammortization.

Secara amnya PE Ratio yang rendah itu membawa makna yang kita boleh mendapatkan kembali wang pelaburan kita dalam masa yang lebih singkat dan ia juga menunjukkan yang harga saham itu berada pada tahap yang rendah.

Kita juga boleh mendapatkan PE Ratio ini dari suratkhabar STAR contohnya namun demikian mengiranya sendiri melalui Penyata Kewangan syarikat adalah jauh lebih baik dan tepat.

Sekian dulu..

FY
 
Terima kasih. FY akan compilekan semua info ini dalam thread - Tanya FY bro... semoga bawa manfaat!
 
salm sy masih blur lg bro PE n PER apa beza nya apakh dr mksud fy kalu kita ada rm5k maka 5000/20 kalu pe nya 20 tentu nilai akan jd kecil tolng pencerahan
 
salm sy masih blur lg bro PE n PER apa beza nya apakh dr mksud fy kalu kita ada rm5k maka 5000/20 kalu pe nya 20 tentu nilai akan jd kecil tolng pencerahan

Ia akan dibahagikan dengan RM1.00 lah bro.
Maksudnya PE 20 ialah RM1.00 / 20 jadi 5% sahaja.
Oleh itu kalau tuan ada RM5000 maka andaian pulangan tahunan ialah ;

RM5000 X 5% = RM250.00

Dalam hal ini lebih baik simpan duit tu dalam ASB sebab ASB memberikan pulangan 8%.

Jadi

RM5,000 X 8% = RM400.00 setahun.

FY
 
Ia akan dibahagikan dengan RM1.00 lah bro.
Maksudnya PE 20 ialah RM1.00 / 20 jadi 5% sahaja.
Oleh itu kalau tuan ada RM5000 maka andaian pulangan tahunan ialah ;

RM5000 X 5% = RM250.00

Dalam hal ini lebih baik simpan duit tu dalam ASB sebab ASB memberikan pulangan 8%.

Jadi

RM5,000 X 8% = RM400.00 setahun.

FY


oic ok tq dah clear
 
Back
Top
Log in Register