BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tip Jadi Cepat Jadi Kaya

wantrader82

Active+ Member
Messages
4,024
Joined
Oct 8, 2008
Messages
4,024
Reaction score
153
Points
43
Jika anda ada masalah kewangan, keluarga, kawan-kawan, hidup tak tenteram, tak tenang dan sedang mencari jalan keluar, saya ingin berkongsi tips yang dapat membantu anda (dengan izin Allah).

-Lakukan 8 perkara ini bermula hari ini.

-Bangun pagi ni , usap muka dan ucap terima kasih Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam ucapkan syukur Allah kemudian senyum sendiri seorang-seorang.

-Cukup waktu, mulakan dengan solat sunat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4 rakaat)

-Tanamkan dalam diri untuk tidak mahu bersembang dengan kawan-kawan pejabat tentang orang lain, tak mahu baca atau tulis yang bukan-bukan. Hanya mahu zikir dan sebut nama Allah saja. Sebut berulang kali dan dengan sepenuh perasaan. (anda boleh jadi sebak jika betul-betul mendalaminya)

-Ketika pergi makan tengah hari jika ada makanan lebih, bungkus dan berikan kepada kucing jalanan.

-Solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang dan minta pada Allah agar nak kaya dunia dan juga akhirat. Minta dengan bersungguh-sungguh. Kemudian sebut terima kasih kepada Allah berkali-kali kerana menumpangkan kita dalam dunia ciptaan-Nya.

-Bertekad jika ada sesiapa yang datang meminta sedekah, berikan tanpa banyak soal walaupun hanya 50 sen.

-Telefon mak dan abah (jika masih ada), bersembang dan tanya khabar mereka walau hanya 5 minit.

-Bangun pukul 3.30pagi. Lakukan solat sunat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri, kenapa ujian datang kepada aku, mungkin aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalam-dalamnya apa salah dan silap kita. Kalau tak jumpa, mohon untuk Allah tunjukan.

-Ulang selama 3 hari berturut-turut. Insha Allah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! Siapa berani sahut cabaran ni? Beritahu kepada kawan-kawan tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(Salah satu teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki).:)cgrock
 
alhamdulillah ada insan yg mahu kongsikan ilmu utk kesejahteraan dan kebajikan sesama insan.
moga Allah merahmati anda.
 
pertama jaga hubungan dgn Allah,
kemudian keluarga,saudara mara,,,rakan2

rajin kan bersedekah ,,,itu Janji Allah..
xdpt dunia,,akhirat esok dpt,,
tapi yakin Allah akan beri rezeki
di dunia dan akhirat,,sentiasa positifkan minda
 
Bukan asal teks ni dari sini ke ? https://www.facebook.com/photo.php?....214008648652085.73992.100001288542289&type=1

anyway good viral..

Jika anda ada masalah kewangan, keluarga, kawan-kawan, hidup tak tenteram, tak tenang dan sedang mencari jalan keluar, saya ingin berkongsi tips yang dapat membantu anda (dengan izin Allah).

-Lakukan 8 perkara ini bermula hari ini.

-Bangun pagi ni , usap muka dan ucap terima kasih Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam ucapkan syukur Allah kemudian senyum sendiri seorang-seorang.

-Cukup waktu, mulakan dengan solat sunat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4 rakaat)

-Tanamkan dalam diri untuk tidak mahu bersembang dengan kawan-kawan pejabat tentang orang lain, tak mahu baca atau tulis yang bukan-bukan. Hanya mahu zikir dan sebut nama Allah saja. Sebut berulang kali dan dengan sepenuh perasaan. (anda boleh jadi sebak jika betul-betul mendalaminya)

-Ketika pergi makan tengah hari jika ada makanan lebih, bungkus dan berikan kepada kucing jalanan.

-Solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang dan minta pada Allah agar nak kaya dunia dan juga akhirat. Minta dengan bersungguh-sungguh. Kemudian sebut terima kasih kepada Allah berkali-kali kerana menumpangkan kita dalam dunia ciptaan-Nya.

-Bertekad jika ada sesiapa yang datang meminta sedekah, berikan tanpa banyak soal walaupun hanya 50 sen.

-Telefon mak dan abah (jika masih ada), bersembang dan tanya khabar mereka walau hanya 5 minit.

-Bangun pukul 3.30pagi. Lakukan solat sunat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri, kenapa ujian datang kepada aku, mungkin aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalam-dalamnya apa salah dan silap kita. Kalau tak jumpa, mohon untuk Allah tunjukan.

-Ulang selama 3 hari berturut-turut. Insha Allah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! Siapa berani sahut cabaran ni? Beritahu kepada kawan-kawan tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(Salah satu teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki).:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register