BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tip Dari Rasulullah Melalui Mimpi

suadrif86

Fun Poster
Messages
629
Joined
Aug 6, 2009
Messages
629
Reaction score
113
Points
23
Sangat beruntung insan yang bermimpi Rasulullah. Kalau nak reconfirm, boleh email En Farid spt email di bawah:

Nama saya Mohammad Farid A. Hamid ([email protected], [email protected])

Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja.

Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawab ini,sekurang-kurangnya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta “air badak” pemberian ibu saya.


Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai.
Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa.

Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya.

Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka.

Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan,

“Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain”

Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur.

Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan.
Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.

Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya.

Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu.

Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu.

Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adalah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudian dia memeluk saya, dan berkata,

“Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain”.

Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain.

Bacalah…
1) Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta
2) Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad)
keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta’ala.
Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan.

InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.

Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid

credit: isuhangat.net
 
Cerita tentang mimpi rasululluh ini palsu, tak perlu lah di forward kan lagi
 
palsu cmne tu bro?cuba cerita skit...org lain nk tau gak...apa beza version cte atas dgn yg bro pcy btul?
 
Rasulullah penutup nabi, rasul terakhir. Bila Rasulullah wafat, islam sudah lengkap. Kalau ada orang kata Rasulullah mengajarkan sesuatu dalam mimpi selepas selepas kewafatan beliau, seolah-olah ada ilmu baru. Adakah Rasulullah terlupa nak ajarkan ketika beliau hidup?
 
boleh percaya ke..aku ragu2:-?
 
aku tak berani nak ckp palsu atau benar..
ilmu pun cetek..

harap2, yang lebih memahami atau arif sila berikan pendapat.
kalau betul. sama2 manfaatkan..
kalau salah, cepat2lah delete thread ni.
 
Rasulullah penutup nabi, rasul terakhir. Bila Rasulullah wafat, islam sudah lengkap. Kalau ada orang kata Rasulullah mengajarkan sesuatu dalam mimpi selepas selepas kewafatan beliau, seolah-olah ada ilmu baru. Adakah Rasulullah terlupa nak ajarkan ketika beliau hidup?

Depends jugak...

Selalunya perkara yang diberitahu bukanlah perkara yang berkaitan syariat. Syariat sudah lengkap. Selalunya amalan, wirid, bacaan tertentu dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat sedia ada.

Ada juga para orang Soleh, para Wali yang berjumpa Rasullullah secara jaga - pertemuan suri (yaqazah). Ada juga amalan yang diberitahu melalui pertemuan itu.

Masalah berjumpa Rasulullah secara jaga ini, tidak diengkarkan oleh jumhur ulama. Kalau nak artikel lebih lanjut....some other time sy bagi link dia. Rasanya ramai lagi tak bersedia nak percaya perkara perkara begini.

Cuba google yaqazah/ ijtimak suri
 
Rasulullah penutup nabi, rasul terakhir. Bila Rasulullah wafat, islam sudah lengkap. Kalau ada orang kata Rasulullah mengajarkan sesuatu dalam mimpi selepas selepas kewafatan beliau, seolah-olah ada ilmu baru. Adakah Rasulullah terlupa nak ajarkan ketika beliau hidup?

ya benar... aku juga ragu.. biasa didengar org yg tgh mimpi tu tahu yg dia tgh jumpa dalam mimpi tu adalah Rasulullah (mcm yg aku dengar kisah ustaz Harun din ke Hasan Din).. tapi dalam kes ni setelah sedar dari tiuk .. lama.. setelah tgk sepatu, baru tahu.... tak jelas.. sesiapa boleh pakai sepatu sperti tu... sesiapa boleh berjubah...

berkogsi.. kisah harun/hasan din tu dia mimpi jumpa Rasulullah. Dalam mimpinya dia tahu dia jumpa Rasulullah. Kisahnya.. dia berada di padang pasir, yang rasanya dalam suasana zaman dahulu, sebelah khemah yg didiami Rasulullah s.a.w. Tugas dia menyarungkan sepatu kepada Rasulullah (bygkan org yg berilmu mcm ni pun hanya layak pakaikan sepatu je). Tiba2 Rasulullah keluar, Ustaz ni tunduk hormat sambil menyarungkan sepatu kepada Rasulullah s.a.w. Terdetik dlm hatinya.. hanya setakat/tahap ni sahaja taraf ku. Lalu seolah2 Rasulullah mendengar bisikan hatinya, Lalu Rasulullah berkata ke telinganya suatu perkataan (aku tak ingat) yg menyenangkan. Lalu Rasulullah menaiki kuda bersama beberapa org lagi yg tak dekenali.. lalu pergi...
 
cerite ini paslu atau tidak pun tak tahu..tapi pengajaran yg ade di dalam dah byk didengar..sebab pernah dengar ustaz2 ada cakap surah al-fatihah adalah ubat segala masalah dan penawar segala ubat..dgn izin Allah..Wallahualam
 
Back
Top
Log in Register