BTC USD 81,240.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tip² Temuduga SPA 2013

gunungemas

Active Member
Messages
2,054
Joined
Oct 7, 2007
Messages
2,054
Reaction score
39
Points
30
Kemaskini 1

1. Dapat surat panggilan temuduga sama ada melalui surat, emel dsbnya.
2. Tahu jawatan yang dipohon
3. Semasa membuat permohonan, isi sendiri form di internet (sebab akan ditanya siapa isi borang, kalau orang lain yang isi anda jawab sendiri kan dah kira berbohong- kalau lurus bendul pulak nampak sangat anda bukannya minat sangat pun jawatan tersebut)
4. Memakai pakaian beretika. Lelaki pakailah kemeja lengan panjang yang baru/baru cuci nampak bersih, diiron, kemas dengan sematkan ke dalam seluar tetapi bukan dalam spender. Memakai baju lapis dalam lelaki dan perempuan (singlet putih kalau lelaki dan tidak bercorak atau cap). Memakai tali leher berwarna gelap berjalur sederhana dan warna sekata dan bukan bergambar miki maus dan sbgnya. Kasut hitam digilap, biar pun kasul getah tapi kalau digilap nampak cantik. Rambut gunting di kedai mintak "stail orang kerja pejabat" dan lumur minyak lebih sikit supaya senang dirapi dan tak kering ditiup angin masa naik motor/bas atau keta takde ekon. Kalau rambut telah diwarnakan, cepat-cepat hitamkan semula (dapat 2 kali dosa). Bulu hidung rapikan. Misai/kumis cukur licin. Janggut (no komen kang dosa plak kalau suruh cukur). Stoking biar warna hitam/gelap warna plain bukan berbelang macam rimau. Nak temuduga PTD kasut mesti bertali bukan kasut easy rider punya. Kalau kasut hitam, tali pinggang pun mesti hitam; kalau kasut coklat tali pinggang pun mestilah coklat (dibuat daripada kulit ke, getah ke sintetik ke tak kisah asalkan nampak "macam kulit") bercorak simple dan tidak berlambang berlebih-lebih "Cap Tengkorak"dsbnya. Baju dan seluar pon begitu jugalah, senang color plain berkonsepkan seluar lebih gelap dan baju nampak cerah.
5. Pastikan lokasi temuduga di mana.
6. Datang awal (sejam sebelum masa temuduga)
7. Buat ulangkaji untuk pre-exam....... bacalah tentang pengetahuan am dan khusus berkenaan Negara Kita, Perkhidmatan Awam dan Khusus untuk jenis jawatan.
8. Jangan lupa ambil sedikit makanan dan minuman, nanti lapar pulak.
9. Adab di luar bilik temuduga, susun dan kemaskan dokumen yang perlu seperti surat panggilan temuduga, sijil-sijil dll secara teratur. Buat folio untuk dokumen asas peribadi, dokumen akademik dan dokumen sokongan seperti sijil-sijil kelab, persatuan atau testimoni majikan lama/semasa. (3 folio la kan, tapi dalam satu file holder). Kemukakan kepada pegawai pembantu di luar bilik temuduga (ruang menunggu).
10. Adab di dalam bilik temuduga. Ketuk pintu sebelum masuk, buka pintu (sebaik dapat kebenaran masuk, biasanya tak dengar pun "guna common sense je"),beri "greeting" ketika masuk dengan ucapan "Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera" kalau penemuduga awak tak pasti muslim or non-muslim "Selamat sejahtera" cukup, kalau kedua-duanya ada jangan beri salam je tanpa ucap selamat sejahtera sebab dia tak tahu nak jawab salam. Pastikan pintu tidak terkuak. Maju ke depan meja penemuduga dengan tertib dan muka manis serta eyes contact, kemudian serahkan file folder dokumen kepada ketua penemuduga. (Biasanya ketua penemuduga mintak dikeluarkan surat panggilan, k/p. surat beranak termasuk ibu bapa punya kalau di negeri banyak PATI). Lihat isyarat duduk atau diarah duduk, kemudian barulah duduk dengan sopan. Duduk dengan tegak dan selesa, kaki tidak bersilang atau mengangkang seperti bijik sebelah besar.
11. Beri perhatian kepada penemuduga dan dengar betul-betul soalan atau percakapan mereka. Jawab soalan yang ditanya sebaik mungkin, jawab dengan jujur dan jelas. Jangan beri jawapan berjelah-jelah kecuali diminta begitu. Biasanya soalan latarbelakang ditanya dahulu gunakan masa sekitar 5-8 minit untuk menjawab kesemua berkenaan latarbelakang anda. Sambil itu lihat komuniskasi badan dan mata penemuduga untuk soalan selanjutnya.
 
Last edited:

klu da g interview, da dpt jawatan yg dipohon, tp kite x g daftar masuk, maksudnye tolak tawaran la, ade effect pape x?
 
Kalau dah pasti tak nak, secara hormatnya tulis surat. Beri peluang kepada yang lain. Tak black list kalau kena caranya.
 
kawe ni habuk pun tarak langsung
 
Berikut contoh gaji penjawat awam Jururawat Gred U29 (Lantikan)

Di Kuala Lumpur contohnya,

Gaji pokok: RM 1,687.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 160.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) RM 300.00
Elaun kritikal (15%) RM 253.05
JUMLAH RM 2,580.00
 
Back
Top
Log in Register