BTC USD 84,603.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindik???

donicapello009

Fun Poster
Messages
578
Joined
Feb 12, 2011
Messages
578
Reaction score
147
Points
23
assalamualaikum...

aku nak tanye pasal hukum bertindik bagi lelaki dan apakah hukum didalam solat..sebab banyak mat2 saleh yang islam kat cn..walaupung dorang betindik tapi semayang...adakah haram,batal semayang atau sebalik nye???

lagi satu...ape hukum bertindik di telinge ni??aku takut nak cakap haram sebab tak dapat bagi ape2 nas atau dalil naqli ..cume boleh cakap lelaki haram ikut care perempuan?kan??dan ade pulak cakap...tak pe..bende tu nampak salah sebab ia tak elok kalau dipandang dikalangan budaya melayu..sebab bende ni tak de disebut dalam memane hadis specifically ??betulkan saya jika saya salah??

jika dah ade persoalann ni..mintak maaf bebanyak!!

yang baik dari Allah yang tak elok dari kelemahan saya sendiri..

wassalam
 
dipetik dari sumber: imam muda asyraf http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=237
Sebenarnya perbuatan bertindik ini merupakan suatu amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW. Ini dapat dilihat pada hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya : Pada suatu hari raya, selepas baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda SAW pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa : Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan ( barang perhiasan mereka ) kepada Bilal RA.

Di dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan oleh wanita-wanita (sahabiyyah ) berkenaan adalah anting-anting. Ianya merupakan perhiasan yang sudah diketahui umum merupakan perhiasan sejak dari zaman awal Islam. Dan perhiasan ini merupakan perhiasan khusus kepada golongan wanita.
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang dari menindik telinga mereka kerana ianya dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Kerana anting-anting itu sudah menjadi perhiasan khusus kepada wanita. Penyerupaan lelaki dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang di dalam Islam. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan: “Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. “Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki .

Begitu juga pandangan ulama kontemporari seperti Dr Mustafa al-Khin dan Dr Mustafa al-Bugha dalam kitab mereka Fiqh Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafie’, yang meletakkan contoh khusus perbuatan lelaki menyerupai wanita adalah dengan mengenakan anting-anting di telinga
 
Back
Top
Log in Register