BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Pas jelas tak ikhlas

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,625
Top Poster #1
Joined
Jul 1, 2008
Messages
64,625
Reaction score
7,805
Points
881
Umno tak akan bekerjasama parti hipokrit

KUALA LUMPUR: Tindakan Pas menolak mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) jelas menunjukkan sikap tidak ikhlas parti itu memperjuang-kan Islam dan bangsa Melayu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Pas meletakkan pelbagai syarat untuk bekerjasama dengan Umno terutama melaksanakan hukum hudud dan qisas.



"Sekurang-kurangnya, kita tidak akan bekerjasama dengan parti hipokrit seperti Pas yang meletak pelbagai syarat, tetapi tidak mengenakan sebarang syarat apabila bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata: "Umno tidak terjejas sedikit pun kalau mereka tidak mahu bekerjasama kerana sebelum ini pun tanpa mereka, Umno mentadbir dengan baik dan tawaran Umno mahu bekerjasama dengan Pas di Perak hanyalah demi kebaikan rakyat negeri itu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka menyambut baik keputusan Pas untuk terus mengadakan perbincangan dengan Umno demi perpaduan Melayu dan Islam.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata terpulang kepada Pas membuat keputusan mengenai pelawaan mewujudkan kerajaan campuran itu.

"Lagipun kita tidak mengetahui perbincangan sebenar dalam mesyuarat mereka itu. Bagaimanapun, isu berkaitan agama Islam dan kepentingan Melayu masih boleh dibincangkan dalam perjumpaan antara kedua-dua pihak," katanya.

huhuhh UMNO adalah party yg terbaik??? :eek: :eek: :eek: :eek:
 
sumber mana nie?? utusan meloya ka?? naik meloya aku baca.. wakkaka
 
sekadar ingatan... perjuangan atas dasar bangsa semata2... RasuluLLah s.a.w menyatukan kaum arab atas dasar ISLAM, sejak berzaman sebelum kedatangan Islam,bangsa arab berperang sesama sendiri kerana memperjuangkan kabilah dan puak masing2.....

Saidina Umar berpesan ketika pembesar palestin memuji tentera Islam berbangsa arab..."Kami bangsa yang dimuliakan Allah atas sebab agama bukan atas sebab kami arab"
 
Kembali pada Islam.jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pelembagaan negara,hidupkan Islam dalam jiwa....dan yang paling penting,PANGKAH LAH PAS.
 
Tambahkan ilmu, tingkatkan hujah,lebihkan usaha ikhlas kerana Allah.:)
 
DUDA dah gila meroyan....
JANDA dan jadi ISTERI KESAYANGAN SUAMI BARU
Nak ngorat janda...
janda tak kelapaq...
nak berbaik dgn LAKI baru...
laki baru pon tak kelapaq...
nampaknya janda lama dah bahagia dgn laki baru..
nasib laa jd malang pak kaduk....

DUDA = UMNO
JANDA = RAKYAT
LAKI BARU = PAS
 
Back
Top
Log in Register