TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 28 Jun -- TIME dotCom Bhd telah memperkukuh potensi pertumbuhannya dengan selesainya urusan pembelian tiga syarikat dalam industri telekomunikasi baru-baru ini.
Ini serta merta menambah sumber pendapatan TIME kepada 11 negara selain Malaysia.
Dalam satu kenyataan Khamis, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afzal Abdul Rahim, berkata syarikat itu menjangka syarikat pertumbuhan tinggi ini akan segera meningkatkan prestasi kumpulan dalam tahun-tahun akan datang.
TIME Group yang diperbesarkan itu kini merangkumi AIMS Group, satu daripada pusat pembawa data neutral terkemuka di Asia Tenggara; Global Transit Communications Sdn Bhd (GTC), sebuah penyedia lebar jalur dan Internet kepada syarikat telekomunikasi serantau lain; dan Global Transit Ltd (GTL), yang memiliki 10 peratus kepentingan dalam Unity Cable System.
"Sekarang kami boleh memperluas perniagaan kami ke luar Malaysia dan meneroka pasaran lebar jalur borong serantau yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk yang berjumlah kira-kira 765 juta. Syarikat-syarikat yang dibeli itu memberikan kami nod rangkaian serantau, sistem kabel dasar laut transPasifik dan penceburan dalam perniagaan pusat data yang pesat berkembang," katanya.