BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TikTok, Meta, SnapChat kena saman

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
52,214
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
52,214
Reaction score
6,312
Points
881
Awards
1
TikTok, Meta, SnapChat kena saman

TERJEMAHAN SINAR HARIAN
Platform media sosial TikTok dan SnapChat didakwa mengganggu proses pembelajaran. Foto Agensi

TORONTO - Empat lembaga sekolah terbesar di Ontario, Kanada mengambil tindakan undang-undang terhadap TikTok, Meta dan SnapChat dengan mendakwa platform media sosial itu mengganggu proses pembelajaran.

Lembaga sekolah yang memfailkan saman itu ialah Lembaga Sekolah Daerah Toronto, Lembaga Sekolah Daerah Peel, Lembaga Sekolah Daerah Katolik Toronto dan Lembaga Sekolah Daerah Ottawa-Carleton.

Kesemua mereka menuntut ganti rugi melebihi AS$2.9 bilion (kira-kira RM13.67 bilion) kerana gangguan pembelajaran pelajar dan sistem pendidikan.

Pemegang amanah Lembaga Sekolah Daerah Toronto, Rachel Chernos berkata, guru dan ibu bapa menyedari pelajar kurang bersosial, mengalami kebimbangan, masalah perhatian, buli siber dan isu kesihatan mental.

"Syarikat-syarikat itu secara sedar mencipta program yang ditujukan dan dipasarkan kepada golongan muda. Ia menyebabkan kemudaratan ketara dan kami tidak boleh berdiam diri serta tidak bercakap mengenainya,” katanya.

Puluhan negeri di Amerika Syarikat (AS) termasuk California dan New York turut menyaman Meta Platforms Inc kerana mendatangkan keburukan kepada golongan muda dan menyumbang kepada krisis kesihatan mental.

Mereka turut mendakwa reka bentuk ciri di Instagram dan Facebook secara sedar dan sengaja menyebabkan kanak-kanak ketagih kepada platform berkenaan.

Platform seperti Facebook dan Instagram didakwa 'direka bagi kegunaan kompulsif dan menyusun semula cara kanak-kanak berfikir, berkelakuan dan belajar serta guru dibiarkan untuk menguruskan akibatnya'.

Meta Platforms Inc. memiliki Facebook dan Instagram, manakala SnapChat dan TikTok masing-masing dimiliki oleh Snap Inc dan ByteDance Ltd. - Agensi
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register