BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiket Olimpik 2012 jadi rebutan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
JAMINAN tiket diserap berlatih bersama skuad kebangsaan dan merebut slot pada Sukan Olimpik 2012 di London menjadi pertaruhan terbesar pada pusingan akhir Kejohanan Lumba Basikal Akhir Sirkit Grand Prix (GP) Kebangsaan 2011 di Muar, Johor hari ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah menetapkan betapa juara keseluruhan Sirkit Grand Prix Kebangsaan 2011 yang melibatkan tujuh pusingan - GP Kelantan, GP Kuala Lumpur, GP Melaka, GP Pahang, GP Perlis, GP Negeri Sembilan dan GP Johor akan dipertimbangkan untuk berlatih dan merebut slot ke London.

Setakat ini, nama tiga pelumba termasuk dua tonggak Terengganu Cycling Team (TSG) - Mohd. Zamri Salleh, Mohammad Saufi Mat Senan dan Muhammad Nor Umardi Rosdi dianggap pelumba pilihan hangat muncul juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011.

Zamri kini mengutip 45 mata setelah mengharungi enam Sirkit GP Kebangsaan 2011 termasuk dua kali menaiki podium, manakala Muhammad Nor Umardi pula yang melakar sejarah unik muncul juara dua kali berturut-turut pada GP Perlis dan GP Negeri Sembilan berkongsi mata sama iaitu 42 mata dengan Saufi.

Begitupun, dua lagi tonggak TSG - Mohd. Shahrul Mat Amin dan Mohd. Harrif Salleh pula masih mampu mengucup gelaran juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan jika muncul juara GP Johor, sekali gus merebut 20 mata selaku pemenang sekalipun masing-masing hanya mengumpul 35 mata dan 32 mata setakat ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mengharapkan Zamri, Muhammad Nor Umardi serta Saufi tidak berada dalam kelompok tiga teratas.

Presiden PKBM, Abu Samah Abd Wahab menegaskan, juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011 sudah pasti akan berlatih dan merebut slot dalam skuad negara bagi mengharungi temasya Olimpik di London Ogos depan.

"Perkara ini sudah dibincangkan dan saya ingin tegaskan bahawa juara keseluruhan Sirkit Grand Prix Kebangsaan 2011 akan diserap berlatih bersama skuad kebangsaan untuk mengisi dua slot pada Sukan Olimpik 2012.

"Saya percaya perlumbaan kategori elit lelaki esok (hari ini) pasti sengit kerana sekurang-kurangnya lima pelumba semuanya datang dari Terengganu berpeluang muncul juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011," kata Abu Samah dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kategori elit wanita, Masziyaton Mohd. Radzi dari Kedah sudah pasti dinobatkan sebagai juara Sirkit GP Kebangsaan 2011 biarpun apa keputusannya di Muar kerana kutipan 74 mata tidak boleh dipotong oleh mana-mana pelumba termasuk pelumba di tempat kedua, Mariana Mohamad.

Mariana yang mewakili Selangor hanya mengumpul 51 mata dan bakal menjadikan jumlah keseluruhan 71 mata andainya muncul juara pada GP Johor, manakala Nurul Ahmar Badeuzzaman mengutip 48 mata.

Bagi kategori junior lelaki pula, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri juga bakal bergelar juara keseluruhan kerana kutipan 84 mata sama sekali tidak mampu dipintas oleh Hamdan Hamidon dari Selangor yang hanya mengumpul 61 mata.
 
Back
Top
Log in Register