eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Kereta Proton Persona terbakar selepas langgar tembok jambatan
Kereta Proton Persona yang hangus dan mengorbankan tiga mangsa di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Bunut Payung semalam.
KOTA BHARU - Penyelidikan terhadap keenakan sup belut di sini oleh seorang warga Amerika Syarikat tidak dapat disempurnakan apabila dia maut bersama dua yang lain di Kilometer 4, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Bunut Payung semalam.
Itulah nasib Gonzales Christopher, 25, yang rentung selepas kereta yang dinaikinya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan pada pukul 4.15 pagi.
Turut rentung bersama Gonzales ialah Tengku Samsu Tuan Ibrahim, 24, berasal dari Tanah Merah dan seorang wanita yang hanya dikenali Diana, 22, berasal dari Ketereh di sini
Tengku Ahmad Nazim yang selamat dalam kemalangan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Persona yang dinaiki tiga yang maut iaitu Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, terselamat selamat.
Tengku Ahmad Nazim melecur 18 peratus di kaki, lengan dan badan. Dia kini stabil dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Dia yang ditemui di hospital berkata, sebelum kejadian, dia bersama Tengku Samsu dan Diana duduk menghabiskan masa di sebuah kafe di hotel terkemuka di sini sebelum berkenalan dengan Gonzales