BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga program bual bicara RTM dihentikan

Nazzrie

Active Member
Messages
2,356
Joined
Aug 14, 2007
Messages
2,356
Reaction score
19
Points
25
KUALA LUMPUR: Tiga rancangan bual bicara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan penyiarannya sementara waktu disebabkan proses penstrukturan semula program.

Bagaimanapun, ia bukannya kerana disertai pemimpin pembangkang atau penulis blog yang mengkritik kerajaan, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

“Sepatutnnya perkara ini tak jadi isu kerana ini sebahagian daripada rancangan kita untuk menstrukturkan kembali program RTM,” katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Q RTM di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan RTM menghentikan siaran “What Say You”, “Bersemuka Dengan Media” dan “Bersama KSU”.

Ahmad Shabery berkata perkara itu menjadi “bahaya” jika dilihat daripada perspektif perkauman.

“Bila ’What Say You’ dihentikan, semua bising tetapi dua lagi rancangan (dihentikan) tidak ada yang bising, termasuklah program ’Bersemuka Dengan Media’ biarpun ia turut memaparkan komen yang mengkritik kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu sama seperti mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Jika ada lima enam orang bukan Melayu yang ditahan, bising, tapi jika 50 orang Melayu ditahan di bawah ISA, tak bising pula,” katanya.

Ahmad Shabery berkata selaras dengan penstrukturan semula itu juga, ada program yang perlu direhatkan sebelum RTM muncul dengan wajah baru pada Januari tahun depan. - Bernama

_____________________________________________________

"Penstrukturan Program"....Indahnya Malaysia, sebuah negara "Demokrasi"....
 
Ahmad Shabery mmg hampes...penstrukturan semula konon...porahhhh
 
penstrukturan semula... ayat power.
 
cover baik punyer..
btl tk latuk?
 
kenape la aku benci sangat kat pak menteri be end ni..maafla jojok2 be end..
 
aden teringek maso time debat ngan anwar...nampak sgt shabery ni tak tinggil ilmu pengetahuan...yg dia sibuk duk bantai peribadi seseorang...buek malu jor jadik menteri...
 
Back
Top
Log in Register