BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga premis kena tutup 7 hari

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pegawai serta anggota penguatkuasa sedang menjalankan pemeriksaan di tiga premis di Batu 17 Taman Jati, kelmarin​

RAWANG - Sebanyak tiga premis di Batu 17 Taman Jati, di sini diarah tutup kerana peratusan kebersihan rendah dalam pemeriksaan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang, kelmarin.

Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, selain itu pekerja premis terdiri daripada warga asing dikenal pasti tidak menghadiri kursus pengendalian makanan serta tidak mengambil suntikan typhoid.

Menurutnya, aktiviti meletakkan gerai di luar kedai juga menyumbang kepada masalah persekitaran termasuk sisa makanan dibuang terus ke dalam longkang.

"Mereka gagal patuhi undang-undang kecil Establismen Makanan (MPS) 2007 dan diberikan tempoh seminggu untuk melakukan kerja pembersihan, sebelum pemeriksaan semula dilakukan.

"Penggunaan petak parkir untuk kerusi meja tanpa kebenaran juga menyebabkan sitaan dilakukan kerana halangan terutama kesukaran orang awam mencari parkir dan berurusan di bank selepas jam 6 petang.

"Jumlah sitaan yang dilakukan adalah tiga gerai, empat kanopi, 25 unit meja dan 110 serta dua troli di bawah Seksyen 46 (1) d Akta jalan, parit dan bangunan 1974," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, tiada sebarang masalah semasa operasi berlangsung dengan kekuatan anggota seramai 40 orang dari Jabatan Penguatkuasa dan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan.
 
Back
Top
Log in Register