BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga maut nahas kemalangan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Tiga maut nahas kemalangan
FB_IMG_1666937278154.jpg
FB_IMG_1666937280545.jpg

Tangkap layar klip video nahas di KM216 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) yang dirakamkan orang awam.
Tiga maut nahas kemalangan

ALOR GAJAH – Tiga individu maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) – Simpang Ampat di sini, tadi.
Advertisement

Setakat pukul 12.10 tengah hari tadi, nahas turut menyebabkan laluan trafik sesak sepanjang satu kilometer.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu turut mengesahkan kejadian kemalangan tersebut. – KOSMO! ONLINE
 
Takziah
Berita penuh belum ada

Suami isteri, bayi maut kemalangan​

NOR FARHANA YAACOB
28 OCT 2022
A⁻A⁺

1960038.jpg


ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri dan bayi berusia setahun maut dalam kemalangan di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini, pada Jumaat.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu mengakibatkan pasangan masing-masing berusia 28 tahun dan bayi mereka meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Pengawai Kanan Bomba (PBK) ll KUP, Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.02 pagi sebelum tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Jazz dan lori dua tan jenis Isuzu.

Katanya, mangsa tiga beranak menaiki kereta terbabit dan kedua-dua kenderaan dipercayai dari arah sama iaitu selatan.

“Operasi terkawal jam 12.31 tengah hari sebelum operasi menyelamat tamat jam 1.09 petang.

“Bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

Kemalangan maut itu turut menyebabkan laluan trafik sesak lebih satu kilometer.

 
maut-12.jpeg
MUHAMMAD Nazirul Syafiq Azmi dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak yang masing-masing berusia 28 tahun serta bayi mereka, Muhammad Rizqi meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
Last edited:
Salam takziah al fatihah.,sayu ja hati bila dengar berita mcm nie
 
Takziah

Pernah tengok accident libatkan baby. Baru balik hospital lepas bersalin pulak tu

Malam tu ngigau2 datang baby tu dalam mimpi. Siot betol. Esok pg kerja tanya member, pun sama kena jugak
 
Back
Top
Log in Register