BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga kereta hangus dijilat api

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201
760040.jpg


BUTTERWORTH - Tiga buah kereta yang diletakkan di kawasan parkir Flat Taman Bagan di sini hangus dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Butterworth bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi terbabit pihaknya mendapati tiga buah kereta jenis Hyundai Elantra, Perodua Kelisa dan Volkwagen Pasat sedang terbakar.

"Api berjaya dikawal dan dipadamkan tidak lama kemudian.

"Tiada individu atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

760039.jpg


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya telah mengambil keterangan salah seorang pemilik kereta berkenaan.

Menurutnya, ketika pemilik kereta jenis Hyundai Elantra mahu menghidupkan enjin keretanya, dia mendapati api naik menjulang tinggi di sebelah kiri keretanya dan melihat kereta jenis Perodua Kelisa yang diparkir di sebelah juga terbakar.

"Lelaki itu memaklumkan ada terbau petrol sebelum masuk dan menghidupkan enjin kereta. Dia kemudiannya mencari kesan tumpahan minyak di bawah keretanya tetapi tiada kesan.

"Setakat ini kita masih belum dapat klasifikasikan kes sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak memandangkan masih belum menerima hasil siasatan daripada pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.


== sinar harian
 
Back
Top
Log in Register