BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga anak tidak dicabul

ree1

Active Member
Messages
1,145
Joined
Nov 30, 2011
Messages
1,145
Reaction score
380
Points
41
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan tiga anak perempuan jurulatih pengakap yang didakwa mencabul beberapa pelajar perempuan di bawah jagaannya di sebuah sekolah di Sri Damansara baru-baru ini, didapati tidak dicabul suspek selepas menerima laporan perubatan daripada Hospital Sungai Buloh (HSB), 16 Februari lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, pihak JKM bertindak berikutan dakwaan beberapa ibu bapa mangsa mengatakan suspek turut mencabul tiga anaknya yang tinggal bersama dengannya, baru-baru ini.


“Langkah berkenaan diambil JKM bagi memastikan kebenaran dakwaan itu. Ketiga-tiga anak suspek dibawa ke HSB pada 16 Februari untuk menjalani pemeriksaan doktor dan dibenar pulang tiga hari kemudian selepas disahkan tiada sebarang kesan pencabulan ke atas mereka.

“Soal siasat turut dijalankan pegawai JKM dan mendapati anak serta isteri suspek menafikan dakwaan berkenaan. Oleh itu, pihak kami mendapati tiada sebarang sebab untuk meneruskan siasatan berkenaan kes itu lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.


Menurut Heng lagi, pihak JKM menganggap kes dakwaan membabitkan anak suspek itu sudah selesai dan menggesa semua pihak termasuk keluarga mangsa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur khabar angin yang boleh mengganggu siasatan polis.


Katanya lagi, kes membabitkan pelajar sekolah yang dicabul itu kini disiasat sepenuhnya oleh pihak polis.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli pergerakan pengakap sebuah sekolah menengah di Sri Damansara, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa.


Difahamkan, lelaki berusia 44 tahun itu dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun, jurulatih terbabit menafikan dakwaan berkenaan dengan membuat sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Negeri Selangor di Petaling Jaya sehari selepas itu.


Dalam sidang media berkenaan, jurulatih terbabit turut menafikan dakwaan beberapa pihak mengatakan dia turut mencabul tiga anak perempuannya.
 
Back
Top
Log in Register