BTC USD 82,597.0 Gold USD 4,185.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidur lepas SUBUH dan ASAR

tq tt.........t


Assalamualaikum semua....
kekadang den terbabas tidur especially lepas asar,bangun2 rase tak best...mimpi pun selalu tak best, cth hilang barang yang disayang...anda bagai mana?
Sedikit perkongsian artikel di bawah...baca dan nilaikan:)


Hukum Tidur Selepas Waktu Subuh :

Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)


maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

sumber : http://disebaliktopengzorro.blogspot.com/2011/03/hukum-tidur-selepas-subuh-dan-asar.html

Tq tt....gud info..... Sy slalu tdo lpas solat sbuh.......sbb rsa cam xckup tdo,sbb slalu tdo lwat.....INSYAALLAH, pas ni xtdo dah pas solat sbuh.....:">
 
Tq tt....gud info..... Sy slalu tdo lpas solat sbuh.......sbb rsa cam xckup tdo,sbb slalu tdo lwat.....INSYAALLAH, pas ni xtdo dah pas solat sbuh.....:">

sy tlg share aje. masing2 punya penilaian:)
 
Kalau letih sangat, aku tido pas asar kadang2..
2 bulan 3 kali camtu kot. huhu
 
memang tidur petang bahaya...kalau tidur selepas subuh dengar kata bole buat jadi malas..kalau selalu tidur selepas waktu asar..berkemungkinan bole buat jadi hilang pertimbangan, akal fikiran...ada bole jadi gila jugak rasanya.

stakat ni tidur selepas wktu asar tak pernah buat lagi melainkan kalau penat teramat sangat..dan selepas waktu subuh tu slalu...itu yang ade sifat malas je tu
 
lps subuh tu susah la nak ubah..

sbb lps subuh xtau nak buat apa..

tu yg kdg2 terlelap blk..
 
pnah skali den tido pas asar.. bgn2 igt da subuh .. skali rupenye magrib.. separa gila jadiknye.. hehe
 
Back
Top
Log in Register