BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidur bersama mayat rakan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
Subang Jaya: Seorang pemotong rumput tidak menyangka tidur sepanjang malam bersama mayat rakannya yang mati akibat dibelasah.

Lelaki warga Nepal berusia 30-an itu hanya menyedari kejadian itu ketika mengejutkan mangsa untuk pergi bekerja pada jam 7 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku di rumah sewa mangsa terletak di Bandar Bukit Puchong di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakannya keluar bersama untuk minum arak di sebuah kedai berhampiran rumahnya pada malam sebelum kejadian.

"Bagaimanapun berlaku pertengkaran mengakibatkan seorang daripada rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan sebatang kayu.

"Mangsa cedera dalam kejadian itu tetapi masih sedarkan diri dan pulang sendiri ke rumahnya yang terletak berhampiran kedai menjual minuman keras berkenaan," katanya.

Dia berkata, rakan serumah mangsa cuba mengejutkan mangsa dari tidur sebelum menyedari mangsa sudah meninggal dunia.

"Mereka hanya membuat laporan polis pada jam 1.45 petang kelmarin akibat ketakutan," katanya.

Menurutnya, pihak polis sudah menahan tiga individu warga Nepal berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75787
 
nepal dgn arak selalu juga ye, kalau ramai2 nepal minum arak, boleh bertempiaran lari org tempatan
 
aku ingat kat nepal td...rupanya kat ampang je....hari ni bnyak berita warga asing yg mati di malaysia....aman lg ke malaysia ni dgn warga2 asing ni ye....1.5 juta bangla akan masuk pulak tu....fuh....
 
Back
Top
Log in Register