penting utk berlapang dada..sepakat..
orang kita yg rse diri dia betul, rse bijak pandai dlm agama.. dia akan rse dia je yg terpaling betul.. acah2 merupakan golongan yg ikut islam cara nabi.. claim satu-satunya golongan antara 73 golongan lain..
punya tahap sombong.. smpi dia rse dirinya dijalan yg benar..
as always, Allah akan uji manusia.. lagi tinggi tahap kefahaman terhadap agama.. lgi tinggi dia diuji..
sbb Allah nk tgk tahap iman dia mcm mne..
Disebabkan 72 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jamaah.
so semua akan claim duduk dlm 1 golongan tersebut..
ada ciri2 utk kita tgk spe duduk dlm golongan tersebut..
maka muncul mazhab2/aliran2 agama dlm islam yg cuba dpt kata sepakat.. cuba utk berlapang dada.. dll..
kita dkt malaysia di pelopori mazhab Imam Syafie..Imam Syafie ada pendapatnya tersendiri..
Mazhab Imam Syafie ini kebanyakannya diikuti oleh para penduduk Muslim di Selatan Mesir, Barat Arab Saudi, Syria, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Filipina dan Pantai Koromandel di Malabar, Hadramaut (Yaman), serta Bahrain.
Mazhab Syafii diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam seluruh dunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi.
Aku pun ikut mazhab syafie yg disesuaikan di malaysia..
Nak claim kata aku ni antara golongan 1 yg ikut cara nabi ? xde la pulak nk claim bagai..
aku sedar diri ilmu x tinggi mana pun, elok aku follow apa yg ada.. sekurang2nya jika dibangkitkan kelak.. aku dibangkitkan dgn siapa yg aku ikut..
Memandangkan Nabi xde zaman skrng, at least aku ikut ulama2 dlu yg ikut cara nabi.. itu adalah alasan aku sebagai org yg x belajar tinggi sgt..
klo kita boleh belajar kesemua mazhab, dan menilai kesemua mazhab secara teliti, kemudian kita boleh susun apa yg lebih baik dan jelas ikut cara nabi.. maka buat la untuk diri sendiri..
Cuma jgn porak perandakan umat islam lain dgn aliran yg kita rse betul pada pandangan kita semata-mata..sehingga menafikan keilmuwan para ulama2 dlu..
Ianya x mencerminkan diri kita orang yg berlapang dada dalam hal2 perbezaan pendapat dlm agama..