BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tidak layak dipanggil rumah'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Rumah yang terbengkalai inilah tempat Rosiah dan keluarga berteduh daripada panas serta hujan.
< 1 / 2 >
PASIR MAS - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah gambaran kehidupan serba kekurangan yang dilalui lapan sekeluarga, di sini.

Kesempitan hidup itu menyebabkan mereka terpaksa tinggal di sebuah rumah yang belum siap dibina sejak 15 tahun lalu di Kampung Bechah, Tendong, di sini.

Rosiah Mohd Amin, 48, berkata, mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berteduh di rumah terbengkalai tersebut walaupun ia tidak berpintu dan bertingkap.

“Meskipun hidup dalam suasana kurang selesa, saya dan suami terpaksa melaluinya kerana itulah satu-satunya pilihan terbaik untuk berteduh daripada hujan dan panas.

“Paling penting, anak-anak kami mempunyai tempat untuk membesar dan bermain walaupun ia tidak layak dipanggil rumah,” katanya yang mempunyai lima anak berumur 25 hingga 9 tahun dan turut menjaga seorang cucu perempuan berusia 4 tahun.

Menurutnya, rumah tersebut dibina atas hasil titik peluh dia dan suaminya, Mazlan Daud, 51, secara berperingkat, bergantung kepada sumber kewangan yang ada.

"Keadaan bertambah rumit apabila pendapatan suami yang bekerja sebagai juru kimpal hanya cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

"Jika sebelum ini, saya ada membuat kuih untuk dijual tetapi akibat penyakit kulit yang dialami, saya mengambil keputusan untuk berhenti," katanya.

Rosiah berkata, ia juga menyebabkan pendapatan mereka turut terjejas, apatah lagi gaji suami RM150 seminggu hanya cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.

“Kadang-kadang kami terpaksa ikat perut dan makan nasi berlaukkan budu sahaja setiap hari. Anak pula ke sekolah tanpa wang belanja.

"Faktor ini juga menyebabkan kerja membina rumah sentiasa tergendala kerana berdepan masalah kewangan," katanya.

Menurutnya, mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM15,000 untuk menyiapkan keseluruhan rumah tersebut.

"Dengan keadaan sekarang, mungkin kami perlu menunggu lama untuk mengumpul wang bagi menyiapkan rumah ini.

“Saya bersyukur kerana ada insan yang baik hati sudi membantu dengan memberikan simen, pasir dan batu tetapi ia masih belum mencukupi,” katanya.
 
panggil reban?
 
dapat siapkan bumbung , tingkap & pintu pon dah cukup bagus ni.
dah kuar paper harap2 ada la yb turun membantu/.
 
Cuba mohon bantuan Islamic Aid Malaysia, president untuk bahagian kelantan adalah pemilik Kamal Restoran di Pasir Mas, Tuan Bustanol. Islamic Aid Malaysia adalah NGO yang membantu masalah seperti ini.
 
Aik!!! Pasir Mas ni.
Tempat Abang Brahim
 
Back
Top
Log in Register