BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak kenal putus asa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ghazrin bersama tiga anaknya yang menguruskan hotel berkenaan.​

BANGKIT dari kekecewaan menjadi penguat semangat bapa tiga cahaya mata di sini untuk berjaya dalam perniagaan.

Malah, keputusan bapa tunggal, Ghazali Tauhid, 55, terlibat dalam industri perhotelan 10 tahun lalu ketika perniagaan tersebut agak asing dalam kalangan masyarakat ketika itu, apatah lagi kaum bumiputera kini membuahkan hasil.

Bermula menyewa satu tingkat sebuah bangunan dengan operasi 10 bilik hotel, kini, berkat kesabaran dan iltizam membangunkan Ghazrin Budjet Hotel Sdn Bhd, beliau mampu menarik nafas lega.

"Saya telah mencuba pelbagai perniagaan seperti kontraktor, pembekalan dan pernah berniaga di pasar malam akibat kejatuhan ekonomi 1997 selain salah percaturan dalam bisnes.

"Kesan kejatuhan itu saya bangun semula yang pada mulanya saya juga penyewa di sebuah bilik bajet ketika itu," katanya.

Ghazali kini memiliki empat cawangan perniagaan yang beroperasi sekitar Larkin dan Johor Bahru dengan keupayaan lebih 300 bilik daripada RM25 hingga ke RM100.

"Saya belum mencapai matlamat saya, tapi saya syukur dengan apa yang ada sekarang dan kini diteruskan anak-anak.

"Saya berhasrat memiliki bangunan sendiri untuk beroperasi selain sedaya upaya membantu masyarakat mendapatkan khidmat penginapan terbaik," katanya.

Akuinya, meskipun harga bilik ditawarkan murah, beliau tidak berkompromi soal kebersihan dan keselesaan pengunjung.

"Kita menawarkan pelbagai perkhidmatan secara percuma 24 jam iaitu penyediaan lima kenderaan (shuttle) dari Terminal Larkin ke hotel dan lokasi-lokasi terpilih, internet (wifi), tuala, sabun dan selimut selain proses pendaftaran masuk seawal jam 8 pagi manakala keluar jam 3 petang.

"Kita menyasarkan golongan yang tahu menghargai nilai duit selain memahami kesulitan pendapatan bagi golongan yang kurang berkemampuan dan kumpulan rombongan yang besar," katanya.

Ghazali yang dibantu 30 kakitangan yang lain turut membuka mini mart (kedai serbaneka) bagi kemudahan pelanggan.
 
Back
Top
Log in Register