BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak berkat - Mufti Johor

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: “Hukum tetap hukum,” kata Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut mengulas pembabitan seorang kenamaan melalui syarikat penerbitannya mencetak kitab suci al-Quran serta tafsirannya secara besar-besaran tanpa permit untuk mengaut keuntungan.

Katanya, wang yang diperoleh sesiapa yang mencetak al-Quran untuk mencari untung tidak berkat serta tidak kekal kerana perbuatan itu tidak diredai Allah.

“Lembaga Teks al-Quran sentiasa tegas dalam setiap mesyuarat mengenai perkara ini yang tidak boleh dibuat main kerana ia membabitkan akidah, syariat dan akhlak dan tidak akan berkompromi walaupun pemiliknya orang ternama.

“Keuntungan yang diperoleh juga tidak berkat. Individu yang memperoleh wang daripada hasil tidak diberkati akan terdorong membelanjanya ke jalan kemungkaran dan maksiat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, muka depan Harian Metro mendedahkan mengenai kewujudan syarikat penerbitan milik seorang kenamaan dikesan mencetak dan menerbitkan kitab suci al-Quran serta tafsirnya secara besar-besaran tanpa permit semata-mata untuk mengaut keuntungan lumayan.

Syarikat penerbitan terbabit yang beroperasi di Seri Kembangan dekat sini, sewenang-wenang mencetak kedua-dua naskhah berkenaan dalam kilang yang sengaja ditutup pada bahagian hadapan bagi mengaburi aktiviti haram itu.

Lebih membimbangkan apabila sebahagian daripada kertas buangan yang tercetak ayat suci al-Quran dibiarkan bersepah di lantai oleh pekerja, sebilangannya difahamkan pekerja asing termasuk warga Indonesia dan Bangladesh dipercayai bukan Islam.

Hasil risikan dan intipan, seramai 15 pegawai KDN diketuai Ketua Unit Penguat kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan KDN Putrajaya, Zailani Hashim, menyerbu kilang terbabit, kelmarin sebelum menemui 19 longgokan kertas yang tercetak 30 juzuk al-Quran seberat lebih 10 tan yang boleh dijilid menjadi 4,404 naskhah al-Quran.

Ditanya mengenai hukum sesiapa terbaca ayat yang mungkin tersilap cetak berikutan tidak diperiksa dan diluluskan KDN, Nooh berkata, perbuatan itu berdosa.

Menurutnya, pemilik kedai buku serta orang ramai perlu berhati-hati dan membuat pemeriksaan sama ada setiap naskhah al-Quran yang diedar atau dibeli mendapat kelulusan pihak berwajib.

Kena dapat kelulusan kerajaan baru berkat

:-? :-? :-? :-?

 
Kena dapat kelulusan kerajaan baru berkat

:-? :-? :-? :-?
Hi eboss. Thanks atas berita2 terkini setiap pagi. :p

Aku rasa persoalan berkat atau tak selepas dapat kelulusan kerajaan tu bukan persoalan utama kat sini. Tapi yg perlu dipersoalkan ialah kualiti produk tu. Dah lah takde permit, tak dipantau pulak tu. Al-Qur'an ni salah cetak kan, naya umat Islam. Tu penting undang2 tu demi kemaslahatan semua.
 
salah cetak bwk mcm2 maksud ooo...
bahye tu
 
macam2. Quran pun kene cetak rompak.
sedihnya Mesia nih.:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
berkat ke x berkat sapa tentukan..:-?
 
aku rasa dalam sesetengah hal ni...jangan kita nak mempolitikkan. jangan campur adukkan.. kalau Al-Quran tu bersepah di atas lantai dan ada pekerjanya yang bukan islam? Mereka ini tidak tahu adap2nya seperti mana kita sebagai seorang islam..
Sejahil2nya orang Islam itu pasti mereka tidak akan membiarkan Al Quran itu berselerakkan.
NOBODY PERFECT EXCEPT PROPHET MUHAMMAD SAW. TQ
:D :D
 
apa la... dok pk duit je... memang la duit tu penting, tapi agak2 la... panas la duit yang dapat pas jual... tak berkat... tak nampak aper punya....
 
erks.... bia betik nih..... silap2 kang kene telan di bumi malaysia nih...
 
Back
Top
Log in Register