alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
SAYA pernah singgah ke sebuah restoran. Oleh kerana terlalu lapar, saya tak terfikir mengenai makanan yang dihidangkan. Kemudian saya mendapat tahu restoran itu kepunyaan bukan Islam yang menyebabkan saya ragu-ragu dan terfikir mengenai daging ****. Saya tidak jadi untuk menghabiskan makanan yang dihidangkan. Bagaimana hukumnya makanan haram yang secara tidak sengaja dimakan. Apa yang patut saya lakukan.
Asyraf,
Kuantan, Pahang.
DARIPADA pertanyaan saudara, saya dapat fahami sebenarnya anda tidak sepenuhnya yakin bahawa makanan itu adalah daging ****. Anda menghentikan memakannya ketika timbul keraguan kepada diri.
Sikap sedemikian sangat bertepatan dan sesuai dengan petunjuk Nabi SAW: "Tinggal yang meragukan kamu untuk menuju apa yang tidak meragukan." (Riwayat Tirmizi)
Makanan sudah termakan yang terbukti haram, tetapi tadinya anda menduga ia halal. Dalam kes ini tidak mengakibatkan dosa selama tidak ada niat daripada orang yang memakannya untuk memakan barang haram.
Pada dasarnya, Allah SWT tidak meminta dipertanggungjawabkan daripada hamba-Nya akibat perbuatan yang lakukan secara keliru, lupa atau terpaksa seperti sabda Baginda SAW.
Sesungguhnya dalam banyak amalan, niatlah yang dinilai oleh Allah SWT. Jika seseorang menghadapi makanan atau minuman yang menurut pengetahuannya adalah haram, kemudian terbukti bahawa yang dimakannya bukan haram, maka ia tetap dinilai berdosa kerana niatnya itu.