BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tibi : Tiada SOP Tambahan Untuk Peniaga, Pengunjung Bazar Ramadan -- Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
9d70abaeae8406415cf9a4a33b5591bb699d9ddd199c6


Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) tambahan untuk pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan susulan penularan kes Tuberkulosis (Tibi) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Lian Tian Soon berkata situasi penularan kes tersebut masih berada pada tahap terkawal, selain JKNJ sudah mempunyai SOP yang jelas dalam mengendalikan penularannya.

“Bagi mereka yang berasa kurang selesa atau tidak sihat, penggunaan pelitup muka adalah digalakkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan SOP tambahan berkaitan Tibi di bazar Ramadan.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), menerusi kenyataan tiga hari lepas, sebanyak 3,161 kes Tibi telah dikesan di seluruh negara sehingga minggu epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2026), dengan Johor mencatatkan 280 kes.

 
Back
Top
Log in Register