BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada rakyat Malaysia terlibat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 5 Mei –Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla hari ini mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam sindiket pemerdagangan manusia dan penderaan pendatang asing di selatan Thailand dekat sempadan Malaysia.

Jurucakap Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada pihak berkuasa Thailand mengenai terdapatnya penglibatan rakyat Malaysia dalam kes tersebut.

“Setakat ini tiada laporan penglibatan atau tangkapan melibatkan rakyat Malaysia di sini.

“Jadi, selagi tidak melibatkan rakyat Malaysia, kita tidak akan masuk campur dalam perkara ini dan kita anggap itu masalah dalaman negara Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan terdapat beberapa rakyat Malaysia didakwa menjadi anggota sindiket pemerdagangan manusia yang terbabit dalam penderaan ke atas sekurang-kurangnya 800 pendatang asing di sebuah kem di kawasan hutan terpencil di selatan Thailand.

Perkara itu didedahkan oleh dua remaja yang ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di sebuah hutan terpencil dekat kem tersebut yang mendakwa kem itu digunakan oleh sindiket terbabit untuk menahan mangsa pemerdagangan manusia.

Malah, pendatang asing yang terselamat daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia juga percaya terdapat lebih 500 orang dibunuh di kem-kem berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register