BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Tiada kenaikan bil TNB mendadak

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
Kuala Nerang: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bil elektrik pengguna tidak akan mengalami kenaikan mendadak sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh berikutan bacaan meter akan dibuat secara semasa.


Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pembaca meter TNB akan terus bergerak bagi membaca meter di rumah pengguna bagi mengelak timbul masalah pada bacaan bil seperti berlaku ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.


"Saya boleh pastikan pembaca meter akan baca meter di rumah (pengguna) sepanjang tempoh PKP kali ini dan bil akan dihantar terus.


"Keadaan tidak akan macam dahulu sampai tiga bulan jangkaan, pembaca meter akan baca meter yang betul," katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tunku Putra di sini, semalam.

Tahun lalu, timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai selepas berlaku peningkatan bil elektrik mendadak bagi tempoh April, Mei dan Jun 2020 ketika pelaksanaan PKP di seluruh negara.


Berikutan itu, TNB memperkenal Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang memberi manfaat kepada empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj dapat menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan.

 
Back
Top
Log in Register