TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR - Beregu veteran negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui enggan mengalah dan mahu terus berfikiran positif, biarpun menyedari laluan untuk layak ke Sukan Olimpik London tahun depan semakin berliku ekoran kekalahan terbaru kepada beregu Singapura, Shinta Mulia Sari-Yao Lei pada separuh akhir Grand Prix Emas Terbuka India di Lucknow, kelmarin.
Bekas pasangan No. 1 dunia itu semakin kesuntukan masa untuk mencari kedudukan 16 terbaik dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 3 Mei, 2012 selepas tunduk straight-set 18-21, 15-21.
Ia bukanlah penamat yang dimahukan oleh anak didik Rexy Mainaky itu ketika kelayakan Olimpik hanya tinggal empat bulan, apatah lagi mereka baru melalui aksi mengecewakan pada Terbuka China dan Macau bulan lalu, apabila tersingkir seawal pusingan pertama.
"Ia memang mengecewakan kerana saya tahu kami sepatutnya boleh memberi permainan lebih baik semalam, namun kami harus bersatu dan bangkit. Kami tidak boleh mengalah sekarang kerana masa masih ada dan ada banyak lagi kejohanan untuk disertai.
"Biarpun kesuntukan masa tetapi peluang belum padam. Ada beberapa kejohanan lagi untuk disertai dalam tempoh kelayakan Sukan Olimpik, tetapi yang penting kami kena memperbaiki kelemahan yang paling ketara ketika ini, iaitu tidak konsisten,'' ujar Eei Hui.
Kenyataan pemain berusia 28 tahun itu nyata berasas, kerana kekalahan kelmarin hadir sehari selepas mereka cemerlang menumbangkan pasangan lebih berpengalaman dari Indonesia yang juga pilihan kedua, Vita Marissa-Nadya Melati 21-13, 21-17.
Malah Eei Hui menegaskan, selain masalah tiada konsistensi, keseluruhannya dia dan Pei Tty telah menunjukkan peningkatan berbanding bulan lalu, terutama dari segi pergerakan dan kombinasi di atas gelanggang.
Kata Eei Hui lagi, dia tidak akan mengalah dengan mudah, biarpun sedar banyak halangan terpaksa dihadapi. Selain faktor usia, Pei Tty juga baru sembuh daripada kecederaan lutut yang memaksanya berehat panjang.
"Lutut Pei Tty semakin kuat sekarang, masalahnya cuma satu.. kami kadang kala tidak dapat menemui kombinasi yang baik di atas gelanggang. Apabila dia bermain bagus, saya pula bermain teruk, dan begitu juga sebaliknya.
"Apa pun saya percaya, biarpun kami kena menggandakan lagi latihan untuk mencari keputusan lebih baik pada kejohanan akan datang, kami tidak perlu menekan butang panik kerana masa masih ada,'' kata Eei Hui lagi.
Harapan Malaysia dalam beregu wanita terarah sepenuhnya kepada beregu senior ini selepas sandarannya yang diberi kepada pasangan muda sedang meningkat, Woon Khe Wei-Vivian Hoo tampak sukar memandang mereka sekadar menghuni ranking ke-24.
Kelmarin, juara Grand Prix Emas Terbuka Indonesia itu memberi tentangan sengit kepada pilihan pertama dari Jepun, Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna sebelum tumpas 21-18, 16-21, 19-21.
Hanya 16 pasangan terbaik dunia pada ranking 3 Mei, 2012 layak bertanding di Temasya London, 27 Julai hingga 12 Ogos ini. Ketika ini, Pei Tty-Eei Hui, juara Terbuka Australia 2011 menghuni ranking ke-20.