BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

No Longer Sell Tiada diskaun

Status
Not open for further replies.
image.jpg

Diskaun saman trafik 50 peratus

KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan rebut peluang membayar saman trafik dengan tawaran diskaun saman 50 peratus bermula esok.

Bayaran saman boleh dibuat di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 16 hingga 17 November dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Diskaun adalah mengikut terma dan syarat meliputi semua jenis saman trafik seluruh Malaysia.

Jenis-jenis kesalahan saman tidak boleh diskaun adalah:

a. Berstatus NC

b. Kes bicara di Mahkamah

c. Waran Tangkap

d. Kemalangan

e. Ops Selamat 2018

f. Guna Alat Komunikasi

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/diskaun-saman-trafik-50-peratus-1.904786
 
Abnor_Hamizam_1542609133.jpg

Orang ramai manfaat potongan 50 peratus selesai saman tertunggak

JEMPOL: Orang ramai yang berkunjung ke perlumbaan Petronas Cup Prix di Dataran Seri Jempol di sini kelmarin dan semalam, memanfaatkan potongan 50 peratus yang ditawarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol ke atas saman tertunggak.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamddin Hashim, berkata sebanyak 3,711 saman membabitkan kutipan RM406,690 berjaya diselesaikan dalam tempoh berkenaan.

Katanya, saman kesalahan memandu melebihi had laju adalah yang paling banyak, diikuti saman berkaitan letak kereta dan mengganggu lalu lintas selain cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar.

“Kami menyediakan dua kaunter semakan saman, empat kaunter pindaan dan dua kaunter bayaran sepanjang dua hari yang turut mendapat kerjasama Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada potongan bagi saman kemalangan, saman tidak boleh dikompaun, saman berstatus waran, saman dalam perbicaraan dan saman sempena Op Selamat tahun semasa.

Katanya, orang ramai masih berpeluang mendapatkan diskaun saman yang layak pada 26 November ini sempena Hari Bertemu Pelanggan IPD Kuala Pilah.

https://www.bharian.com.my/berita/k...-potongan-50-peratus-selesai-saman-tertunggak
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register